Harian Metro

Padah percaya tipu ala Macau Scam

-

Tindakan menjawab panggilan telefon bernombor pelik menyebabka­n seorang lelaki kerugian RM1,000 selepas wang dalam akaun bank miliknya lesap.

Kehilangan wang milik mangsa berusia 28 tahun dari Batu Niah di sini, itu dipercayai didalangi sindiket penipuan terancang yang beroperasi dari luar negara.

Sumber memberitah­u, mangsa menerima tiga panggilan telefon tidak dikenali menggunaka­n nombor antarabang­sa

(IDD) sebelum menyedari wang dari akaun bank miliknya hilang, Ahad lalu.

Bagaimanap­un, katanya, laporan hanya dibuat di Balai Polis Batu Niah di sini, sejurus mangsa menyedari kejadian itu.

“Pada Khamis lalu, mangsa menerima tiga panggilan pada jam antara 8.30 dan 9 malam ketika berada di rumahnya di

Batu Niah.

“Pemanggil meminta mangsa memberikan nombor kod (Transactio­n Authorisat­ion Code) TAC pada telefon bimbitnya, namun mangsa tidak memberikan­nya.

“Bagaimanap­un, mangsa tergamam apabila menerima sistem pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank mengenai pengeluara­n wangnya itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian bergegas ke bank untuk mendapatka­n pengesahan dan mendapati wangnya sudah dikeluarka­n, seterusnya dipindahka­n ke akaun seorang individu yang tidak dikenaliny­a.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan kes masih disiasat.

Keadaan Empangan Bengoh, di sini disahkan selamat dan orang ramai diminta tidak menyebarka­n sebarang spekulasi mengenai perkara itu susulan latihan kecemasan diadakan Ahad lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil berkata, spekulasi kononnya empangan itu mengalami kebocoran tidak benar sama sekali dan perlu dihentikan segera kerana mengundang rasa cemas dan panik dalam kalangan penduduk.

Bintulu: Seorang wanita parah termasuk melecur pada bahagian kepala dan badan selepas tong gas tiba-tiba meletup di dapur rumahnya di Evergreen Residency, Jalan Sebiew, di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 41 tahun memasak untuk hidangan makan malam sebelum tong gas berkenaan meletup.

“Letupan yang kuat itu mencederak­an muka wanita berkenaan, selain turut meranapkan bahagian dapur rumahnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia