Harian Metro

Musyawarah minyak

- Mohd Izham Unnip Abdullah news@nstp.com.my

 Kerajaan negeri, Persekutua­n berbincang isu tuntutan royalti

terbaik kerana kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat adalah satu pasukan serta melaksanak­an manifesto dan dasar yang sama.

“Kita sudah bincang perkara ini (tuntutan 20 peratus royalti) sejak sebelum PRU14 lagi dan kita menyuaraka­n untuk menuntut (royalti) 20 peratus itu, tetapi kita (kerajaan) satu pasukan jadi kita selesaikan perkara ini secara kekeluarga­an.

“Kita tidak sebarkan di luar kerana yang penting ialah penyelesai­an,” katanya kepada media selepas Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Kompleks Sukan Likas di sini, semalam.

Sambutan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin; Panglima Angkatan Petugas 450 Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan Panglima Markas Pemerintah­an Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Rahman Ayub.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu yang juga Pengerusi Penganjur sambutan, Datuk Yeo Boon Hai.

Mohd Shafie mengulas demikian selepas PH Sarawak kelmarin dikatakan menyatakan pendirian menerima langkah Kerajaan Pusat memberi 20 peratus keuntungan minyak dan gas sebagai tambahan kepada royalti lima peratus diterima negeri itu ketika ini yang disifatkan lebih baik berbanding diberi kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Bagaimanap­un PH Sarawak menerusi kenyataan Pengerusin­ya, Chong Chieng Jen, tetap mahu kerajaan negeri menuntut royalti minyak 20 peratus seperti diperjuang­kan pakatan berkenaan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincang­an lanjut dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan PETRONAS berkaitan tuntutan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

 ??  ?? JUHAR (kanan) bersama Mohd Shafie (dua dari kiri) hadir pada Sambutan Hari Pahlawan Peringkat negeri Sabah 2018, di Dewan Serbaguna Likas, Kota Kinabalu.
JUHAR (kanan) bersama Mohd Shafie (dua dari kiri) hadir pada Sambutan Hari Pahlawan Peringkat negeri Sabah 2018, di Dewan Serbaguna Likas, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia