Man U lesu
Bayern lebur skuad kendalian Mourinho menerusi tandukan Martinez hasil sepakan sudut
Tandukan Javi Martinez pada babak kedua menghadiahkan Bayern Munich kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Arena Allianz, awal pagi semalam yang menjadi penutup kempen pramusim buat kedua-dua pasukan menjelang musim baru.
Pemain kebangsaan Sepanyol, Martinez menanduk masuk gol berpunca sepakan sudut pada minit ke-59 yang membenarkan juara Jerman itu memanfaat sepenuhnya aksi longlai skuad kendalian Jose Mourinho.
United akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di gelanggang sendiri menentang Leicester City, awal pagi Sabtu ini.
Marcus Rashford dan Victor Lindelof pulang ke pangkuan United selepas cuti Piala Dunia tetapi pelawat kehilangan Eric Bailly selepas babak pertama berakhir susulan pelanggaran dengan Serge Gnabry.
Mourinho masih berharap memperkuatkan pasukannya pada jendela perpindahan musim panas yang berakhir Khamis ini dengan hanya pemain tengah Brazil,
(gambar)
Fred menjadi pembelian terbesar kelab itu kali ini.
“Ketua pegawai eksekutif sudah cukup lama tahu apa yang saya mahukan,” kata
Mourinho kepada TV
Jerman sejurus perlawanan.
“Saya tahu beliau berusaha sedaya upaya untuk saya dan saya masih mempunyai beberapa hari untuk menunggu dan melihat apa yang akan berlaku.”
Bayern yang dibimbing jurulatih baru, Niko Kovac akan kembali ke kem latihan pasukan di Tegernsee menjelang pertembungan Piala Super Jerman menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.