‘Derita Rohingya ganggu lenaku...’
bagai dicarik-carik, jiwanya terasa seolah-olah direntap setiap kali mengingati penderitaan dialami seorang mangsa rogol etnik Rohingya oleh tentera Myanmar.
Mana mungkin tidurnya lena setiap kali terkenangkan gadis tidak berdosa diragut kesuciannya dengan kejam dan pelbagai lagi kekejaman ke atas etnik itu secara keseluruhannya.
Lantas, aktivis yang giat memperjuangkan hak Rohingya, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi nekad terus membantu etnik itu mendapat hak sebagai manusia di muka bumi ini.
Menurutnya, setiap kali mengikuti misi membantu penduduk Rohingya, setiap kali itulah kesabaran, kekuatan fizikal dan mental terduga apabila melihat keadaan mereka. Jika tidak lihat dengan mata sendiri, sukar untuk kita memahami bagaimana mereka hidup dalam keadaan begitu.
“Saya juga hampa kerana dunia tidak memberi perhatian kepada mereka sedangkan ini adalah etnik paling minoriti menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Malangnya mereka langsung tidak dipedulikan.
“Sepanjang hidup, tiada negara yang benar-benar mengalu-alukan kedatangan mereka, tidak boleh bekerja di kebanyakan tempat, tidak boleh mendapat pendidikan mahupun rawatan kesihatan.
Pertemuan dengan gadis mangsa rogol ramai tentera Myanmar
hingga pengsan tak mungkin
padam di ingatannya Ingatan ini begitu memilukan, ketika bertemu dengannya saya masih nampak kesan kelaran di lehernya. Hati saya pedih dan sedih gadis ini meneruskan hidup dengan keadaan trauma serta emosi yang begitu terjejas
“Tidak dapat dibayangkan mereka boleh hidup dalam keadaan macam itu. Namun itulah yang menjadikan saya tidak patah semangat malah beri kesedaran kebebasan dan kelebihan yang kita nikmati di Malaysia ini sangat berharga dan tidak patut dipandang ringan,” katanya.
Tengku Emma yang menggalas tugas sebagai
Duta Majlis Rohingya Eropah (ERC) ke Malaysia turut berkongsi pengalaman yang tidak mungkin padam dalam ingatannya iaitu bertemu seorang gadis Rohingya yang dirogol bergilir-gilir oleh terlalu ramai tentera Myanmar hingga pengsan.
Menurutnya, ketika sedar dirinya dibiarkan tanpa seurat benang. Lebih memilukan, seorang tentera yang merogolnya cuba mengelar leher gadis itu kerana disangkakan dia sudah mati.
Dalam keadaan leher memancut darah, gadis itu menekap lukanya dan melarikan diri dengan keadaan berbogel, berenang menyeberangi Sungai Naf di sempadan BangladeshMyanmar.
Menurutnya, ketika sampai di seberang, dalam keadaan tidak bermaya dan hampir mati, barulah gadis itu diselamatkan dan diberi baju.
“Ingatan ini begitu memilukan, ketika bertemu dengannya saya masih nampak kesan kelaran di lehernya. Hati saya pedih dan sedih gadis ini meneruskan hidup dengan keadaan trauma serta emosi yang begitu terjejas.
“Selain itu, antara pengalaman yang memilukan ialah apabila seorang wanita yang hamil trimester akhir bercerita kepada saya bagaimana dia nekad berlari ke Sungai Naf dalam keadaan sarat selepas tentera memasuki rumahnya.
“Dalam keadaan sakit, dia bersalin dalam sungai. Anak itu diambil dan dibawa lari ke sempadan Bangladesh. Selepas tiga hari apabila kami sampai di sana untuk program klinik bergerak barulah wanita ini mendapatkan rawatan,” katanya.
Mengimbas kembali pengalamannya terbabit dalam aktiviti kesukarelawanan, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, semuanya bermula ketika menuntut di universiti namun hanya disertai pada masa lapang.
Dia mula aktif sepenuhnya pada 2012 ketika membantu rakan sukarelawan pada pertama
KEINSAFAN CAMBAH KEINSANAN
kali kumpulan pelarian Rohingya menjejakkan kaki ke Langkawi, Kedah.
Ketika itu katanya, dia tidak mengikuti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau program khas sebaliknya cuma turut serta dalam kerja lapangan apabila diminta berbuat demikian.
“Kali pertama terbabit dengan Rohingya, saya tidak mengetahui sejarah mereka. Saya hairan kenapa mereka sanggup melarikan diri dalam keadaan yang begitu berbahaya dari Myanmar.
“Mereka berhimpit dalam bot sampai ke Langkawi dalam keadaan menyayat hati. Ada yang mulutnya pecah, kulit terlalu kering malah ada yang mati.
Lebih memilukan ada bayi yang tidak bermaya dan meninggal dunia.
“Timbul rasa insaf dan terharu, saya nampak ada ramai wanita yang terjun dari kapal. Apa yang saya lihat masa itu sungguh memilukan, saya tidak tahu apa yang mereka hadapi.
Jadi, bertitik tolak dari situ saya mencari dan mengkaji sejarah mengenai etnik mereka.
“Kejadian itu adalah titik awal saya bergiat aktif dengan memulakan program kesedaran dan mengikuti misi kemanusiaan di tempat mereka.
“Saya pernah beberapa kali ikuti misi ke Bangladesh dan antara aktiviti dilakukan adalah memberi makanan dan mengadakan klinik bergerak kerana begitu banyak masalah kesihatan membelenggu mereka. Selain itu saya juga meninjau situasi mangsa rogol oleh tentera Myanmar, mendengar cerita dan keluhan mereka membuatkan saya begitu hiba,” katanya.
Wanita berasal dari Taiping, Perak ini juga berpendapat bantuan kemanusiaan kepada Rohingya penting, tapi dalam jangka masa panjang ia tidak akan membantu. Oleh sebab itu dia giat melobi untuk kerakyatan dan perlindungan kepada Rohingya dari segi undangundang.
“Saya menganggap banyak pihak menjadikan Rohingya sebagai komoditi dan menyalah guna kesengsaraan mereka untuk publisiti serta tujuan politik. Ini sangatlah menjengkelkan. Rohingya juga manusia yang punya maruah.
“Lebih parah, ada yang menjadikan Rohingya sebagai inspirasi untuk pelancongan bencana. Menyebarkan kesengsaraan mereka bukan untuk membantu, tetapi dengan tujuan pelancongan.
“Saya menegah perbuatan ini kerana mendapati ramai sukarelawan yang melakukannya. Ambil gambar tanpa kebenaran dan sensitiviti hak peribadi mereka. Mereka bukan monyet dalam zoo, tetapi manusia seperti kita yang punya maruah dan harga
diri,” tegasnya.
BERI REMAJA KEHIDUPAN KEDUA
Selain membantu pelarian Rohingya, Tengku Emma yang juga menggalas jawatan sebagai Presiden Antarabangsa Rohingya beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) turut terbabit dalam program membantu remaja mengandung luar nikah.
Katanya, kebolehannya mengurut ibarat serampang dua mata dalam membantu remaja ini dan memberi sokongan moral ketika melakukan tugas mengurut mereka.
Menurutnya, sokongan itu diberi atas kepercayaannya setiap orang wajar diberi peluang kedua apatah lagi mereka tiada tempat dituju dalam usia sebegitu mentah.
Katanya, mereka sudah melakukan kesilapan dan sepatutnya kita sebagai masyarakat perlulah mendidik dan membawa kanak-kanak itu kembali ke jalan benar, bukan dengan menghalau dan memencilkan golongan itu.
Malah, katanya, kita tidak boleh terus menghukum mereka dengan membiarkan remaja ini terumbangambing tanpa perlindungan.
“Pada usia terlalu muda, ke mana mereka hendak pergi? Remaja terlanjur ini keluar dari rumah pada usia belasan tahun, kadangkadang ada yang seawal usia 13 tahun.
“Jadi kita mesti memberi sokongan kepada mereka menangani detik hitam itu. Stigma masyarakat yang tidak menerima anak gadis mengandung luar nikah adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.
“Ini kerana jika kita terus biarkan mereka kemungkinan akan ada natijah yang lebih besar. Mungkin mereka akan terbabit pula dengan kancah pelacuran. Adakah ini yang kita mahu? Atas kesedaran inilah yang membuatkan saya terpanggil untuk membantu mereka,” katanya.
Menurut wanita berusia 37 tahun ini, pembabitannya sebagai aktivis dan pejuang misi kemanusiaan itu tidak akan berjaya tanpa dorongan dan sokongan suami tercinta.
Katanya, suaminya amat memahami dan tidak pernah menghalang cintanya terhadap dunia kebajikan walaupun kadang-kadang terpaksa meninggalkan rumah untuk misi kemanusiaan.
Wanita ini juga cukup bertuah apabila pasangannya itu juga turut menyumbang dana untuk memudahkannya bergerak ke sana sini dalam kerja sukaralewan.
Dalam pada itu katanya, dia berbangga kerana kini semakin ramai wanita yang memilih menceburi bidang ini dan sanggup memperuntukkan masa dan wang demi membantu mereka yang memerlukan.
“Bagi semua wanita yang berminat dalam misi kemanusiaan dan aktivis masyarakat, teruskan usaha anda. Bagi saya, orang yang paling tepat untuk bidang ini adalah wanita kerana kita mempunyai rasa empati yang tinggi dan boleh merasai penderitaan orang lain. Kita boleh lakukan sesuatu yang luar biasa atas dasar simpati dan empati.
“Apa yang penting, jangan peduli apa orang kata. Jangan takut dengan kritikan kerana kita hendak lakukan perkara baik dan mengumpul saham untuk akhirat. Jadi tidak perlu pedulikan kata manusia, kita buat kerana Allah,” katanya.