Harian Metro

RM3 JUTA SEBULAN SIMPAN EQUANIMITY

‘Saya tidak tahu dan tidak pernah menaiki kapal terbabit’

- -NAJIB RAZAK

Tempoh enam hingga sembilan bulan diperlukan mahkamah bagi mengenal pasti hak pemilikan sebenar kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1MDB.

Peguam yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph, berkata pihaknya setakat ini menumpukan kepada deklarasi pemilikan kapal itu.

“Kita menjangkak­an proses siasatan itu akan memakan masa antara enam hingga sembilan bulan, namun yakin ia dapat segera diselesaik­an.

“Deklarasi pemilikan itu penting kerana firma guaman yang dilantik

Jabatan Peguam Negara bertanggun­gjawab dalam urusan jualan atau lelongan kapal berkenaan.

“Kos penyelengg­araan kapal itu dianggarka­n berjumlah RM3 juta sebulan. Ketika ini, ia (kos itu) akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Boustead Cruise Centre di sini, petang semalam.

Terdahulu, kapal mewah itu berlabuh di jeti berkenaan jam 1 tengah hari semalam, selepas berlayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.

Tinjauan mendapati Kapal Diraja (KD) Jebat dan tiga kapal milik Pasukan Polis Marin (PPM) turut mengiringi kapal itu.

Turut kelihatan sepasukan pegawai dan anggota daripada pasukan khas Jabatan Peguam Negara menaiki kapal itu bagi menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut.

Difahamkan, sejurus selesai, satu mesyuarat khas diadakan yang turut membabitka­n penjualan kapal berharga RM1 bilion milik ahli perniagaan Low Teak Jho atau Jho Low itu.

Kawasan jeti itu dikawal ketat kira-kira 50 pegawai dan anggota PPM Selangor.

Kapal mewah itu dipercayai akan diletakkan

Kita menjangkak­an proses siasatan itu akan memakan masa antara enam hingga sembilan bulan, namun yakin ia segera diselesaik­an”

Jeremy Joseph

sementara di jeti berkenaan sehingga arahan lanjut dikeluarka­n oleh Jabatan Peguam Negara.

Difahamkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mahathir akan meninjau kapal berkenaan dalam masa terdekat.

Sementara itu, kata Jeremy yang juga antara enam peguam kes itu, notis waran terhadap kapal berkenaan sudah ditampal pihaknya bagi siasatan lanjut.

“Pasukan petugas yang menjalanka­n pemeriksaa­n perlu memakai sarung kasut bagi mengelak sebarang kesan terhadap keadaan asal kapal itu,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerajaan Indonesia menyerahka­n kapal itu kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Dr Mahathir, ketika kunjungann­ya ke negara berkenaan pada Jun lalu.

Semalam, Dr Mahathir dalam kenyataann­ya melalui akaun Facebook miliknya berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahka­n kapal mewah berkenaan.

Sabtu lalu, agensi berita Reuters melaporkan satu keputusan sudah dipersetuj­ui antara Malaysia dan Indonesia bagi membolehka­n kapal itu diserahkan kepada Malaysia susulan permintaan yang dibuat oleh Dr Mahathir.

Pada Februari lalu, kapal itu dirampas dan disita pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewen­gan 1MDB.

Mahkamah Indonesia bagaimanap­un memutuskan tindakan menyita adalah salah dan harus diserahkan pada Jho Low, namun ia sekali lagi disita atas permintaan rasmi Amerika Syarikat, awal Julai lalu.

Kementeria­n Kewangan merancang untuk menjual kapal itu dengan harga tertinggi supaya Malaysia beroleh kembali kira-kira US$250 juta (RM1 bilion).

1MDB adalah tumpuan kepada siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerlan­d dan Singapura.

Sejumlah kira-kira

AS$4.5 bilion didakwa diseleweng­kan oleh pegawai kanan tinggi dana berkenaan, demikian menurut saman sivil DoJ.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah berulang kali menafikan salah laku. Jho Low pula dilihat sebagai individu utama dalam kes itu.

Berdasarka­n saman sivil itu, Jho Low menggunaka­n wang yang diseleweng dari IMDB untuk memperoleh Equanimity, kapal sepanjang 91 meter (m) yang berdaftar di Cayman Islands.

Dalaman kapal itu dikatakan dihiasi dengan daun emas dan mamar, spa, dan sauna, kolam renang 20 meter di dek, panggung wayang, lif dan helipad.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) meninjau kapal layar mewah The Equanimity selepas tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang. THE Equanimity yang dikaikan dengan syarikat pelaburan 1MDB tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang dari Batam, Indonesia, semalam.
KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (tengah) meninjau kapal layar mewah The Equanimity selepas tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang. THE Equanimity yang dikaikan dengan syarikat pelaburan 1MDB tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang dari Batam, Indonesia, semalam.
 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ??
FOTO: SAIRIEN NAFIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia