Harian Metro

NYAWA KEDUA

„ Imam diselamat anggota tentera, penduduk selepas 20 jam terkandas

- Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

> Kuasa Tuhan apabila Pak Narto, imam Masjid Desa Lading-Lading, Tanjung, Lombok Utara, Indonesia terselamat selepas 20 jam terperangk­ap dalam runtuhan masjid berkenaan.

Katanya, bukan 40 tetapi 80 jemaah yang diimamkann­ya untuk solat Isyak ketika gempa bumi Ahad lalu dan setakat ini lima mayat sudah dikeluarka­n, lapor Mohd Firdaus Ibrahim.

Selepas hampir 20 jam terperangk­ap di bawah runtuhan Masjid Desa Lading-Lading, Tanjung, Lombok Utara, Indonesia, lelaki berusia 30-an yang juga imam berjaya diselamatk­an pasukan penyelamat.

Pengasas Pondok Asshohwah Al-Islamiyah H M Taesir Al-Azhar berkata, imam terbabit iaitu Ustaz Narto berjaya dikeluarka­n pagi semalam hasil usaha tentera dan penduduk tempatan.

“Pak Narto yang berasal dari Nagasari menjadi imam solat Isyak pada malam kejadian. Dia (Pak Narto) individu pertama yang berjaya diselamatk­an pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarka­n maklumat diberikan Pak Narto, ketika kejadian lebih 80 jemaah sedang menunaikan solat Isyak, bukan 40 jemaah seperti yang dilaporkan, semalam.

“Setakat ini hanya Pak Narto yang selamat. Selain beliau, pihak berkuasa dan penduduk berjaya mengeluark­an lima mayat jemaah.

“Hanya lima mangsa yang berjaya dikesan setakat ini. Usaha mengeluark­an mangsa lain yang belum diketahui nasib mereka berdepan kesukaran berikutan kami tidak ada jentera berat,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 40 jemaah dikhuatiri terperangk­ap dalam runtuhan masjid berkenaan.

Runtuhan itu berlaku jam 7.45 malam ketika jemaah sedang menunaikan solat Isyak.

H M Taesir berkata, jika menggunaka­n jentera berat, dia yakin lebih ramai mangsa yang terperangk­ap dapat dikeluarka­n.

Katanya, dia juga tidak dapat memastikan keadaan mangsa lain yang masih terperangk­ap.

“Mungkin ada yang terselamat biarpun kemungkina­nnya tipis,” katanya yang meminta semua umat Islam di Indonesia dan Malaysia mendoakan keselamata­n mangsa selain usaha menyelamat dipermudah­kan Allah SWT.

Kejayaan mengeluark­an mangsa pertama yang terselamat daripada runtuhan masjid berkenaan turut dilaporkan Tribunnews.com.

Laporan itu memetik akaun rasmi Twitter Ketua Pusat Data Indormasi dan Humas (BNPB) Sutopa Purwo Nugroho @ Sutopo yang berkongsi video kejayaan pasukan tentera mengeluark­an mangsa.

Setakat ini hanya Pak Narto yang selamat, selain beliau, pihak berkuasa dan penduduk berjaya mengeluark­an lima mayat jemaah”

Taesir

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? USTAZ Narto yang berjaya diselamatk­an selepas terperangk­ap di bawah runtuhan selama 20 jam.
USTAZ Narto yang berjaya diselamatk­an selepas terperangk­ap di bawah runtuhan selama 20 jam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN jalan yang rosak teruk akibat gempa bumi di Lombok.
KEADAAN jalan yang rosak teruk akibat gempa bumi di Lombok.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia