Harian Metro

LANTAI JUBIN DI MINA

„ Kerajaan Arab Saudi tambah baik keselesaan di khemah jemaah haji di Mina

-

Selepas pendingin hawa untuk khemah di Arafah, satu lagi berita baik untuk jemaah haji Malaysia apabila khemah di Mina buat kali pertama tahun ini dipasang dengan lantai jubin seramik.

Penambahba­ikan terbaru khusus untuk jemaah haji Malaysia dimaklumka­n ketika lawatan petugas Tabung Haji (TH) ke tapak operasi Masyair diketuai Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Syed Saleh berkata, pemasangan seramik menambahka­n keselesaan kepada jemaah kerana sebelum ini lantai khemah di Mina hanya dihampar permaidani di atas tanah yang berbatu dan tidak rata.

Menurutnya, wakil Muassasah Asia Tenggara yang turut hadir pada lawatan itu memberitah­u persiapan di tiga tapak Masyair iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina dijangka siap sepenuhnya seminggu lagi. Tarikh wukuf dijangka pada 20 Ogos ini.

“Tempoh seminggu lagi (untuk siap) itu satu tempoh yang selesa. Ini menunjukka­n persiapan tahun ini adalah lebih awal daripada tahun-tahun sebelum ini. Secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan,” katanya.

Syed Saleh berkata, semua kemudahan baru tahun ini iaitu program prapelepas­an pemeriksaa­n imigresen, pemasangan pendingin hawa untuk khemah di Arafah dan lantai seramik dalam khemah di Mina adalah tanda pengiktira­fan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia.

Arafah adalah hamparan padang pasir seluas 104 kilometer persegi terletak 20 kilometer dari kota Makkah.

Wukuf di Arafah adalah kemuncak kepada ibadat haji yang menuntut kesabaran tinggi berikutan cuaca panas mencecah 50 darjah Celsius.

Selepas Arafah, jemaah akan bergerak dan singgah sebentar di Muzdalifah sebelum terus ke Mina di mana mereka perlu berada di khemah selama tiga malam bagi menyempurn­akan ibadat melontar di tiga Jamrah bermula 10 Zulhijah.

Di sebalik segala pembaharua­n dan penambahba­ikan berkenaan, Syed Saleh tetap meminta jemaah haji Malaysia bersedia menghadapi keadaan kurang selesa terutama di Mina.

“Peruntukan ruang khemah di Mina untuk seorang jemaah haji cuma 0.85 meter persegi. Saiz itu kecil, nak tidur terlentang pun tak muat, kena mengiring.

“Kita nasihatkan jemaah bawa hanya beg beroda yang dibekalkan TH untuk isi pakaian.

“Jangan bawa lebih daripada satu beg,” katanya.

Keseluruha­nnya, 1,700 hingga 1,800 petak berukuran kira-kira 15.5 meter persegi setiap satu diperuntuk­kan untuk rombongan haji Malaysia termasuk untuk jemaah, klinik, pejabat pentadbira­n dan ruang dapur.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Saleh (tengah) menunjukka­n lantai jubin seramik yang kali pertama dipasang di khemah jemaah haji Malaysia di Mina kepada wakil Muassasah Asia Tenggara.
SYED Saleh (tengah) menunjukka­n lantai jubin seramik yang kali pertama dipasang di khemah jemaah haji Malaysia di Mina kepada wakil Muassasah Asia Tenggara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia