Harian Metro

BERKHEMAH DALAM RUMAH

-

Jitra: Akibat kesempitan hidup seorang lelaki mengalami masalah mental terpaksa berteduh di rumah pusaka yang daif menggunaka­n khemah sejak enam tahun lalu berikutan 70 peratus bumbung kediamanny­a bocor.

Malah, adik perempuann­ya yang juga ibu tunggal, Faridah Ahmad, 60, tidak mampu membaiki rumah pusaka berusia 70 tahun itu berikutan tidak mempunyai sumber pendapatan dan terpaksa bergantung wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 sebulan.

Faridah berkata, dia bimbang keselamata­n abangnya, Hamdan Ahmad, 63, yang terpaksa tinggal di dalam khemah di rumah pusaka itu.

“Abang saya juga terima wang bantuan JKM RM300 sebulan, tapi wang itu saya gunakan membeli makanan dan ubatnya. Jika mahu baiki rumah ini, saya tidak mampu, apatah lagi saya sendiri terpaksa bergantung dengan anak tunggal yang baru saja bekerja sebagai pemandu lori dan pendapatan­nya tidak menentu,” katanya di Kampung Sungai Korok, Alor Biak, di sini.

Faridah berkata, dia sangat berharap tempat tinggal abangnya lebih selesa memandangk­an dia tidak mampu membawa abangnya tinggal bersama berikutan keadaan rumahnya juga sempit dan tidak mempunyai bilik tidur.

Katanya, setiap pagi menjadi rutin dia dan anaknya, Ridzwan Shafei, 35, menghantar makanan dan menukar pakaian abangnya yang semakin uzur selepas terbabit dalam kemalangan, 10 tahun lalu.

Sementara itu, nasib yang menimpa Faridah dan Hamdan mendapat perhatian daripada Sukarelawa­n Kebajikan Fakir Miskin yang bersedia membantu mengetenga­hkan permintaan Faridah kepada kerajaan negeri.

Presidenny­a, Leftenan TLDM (B) Baharin Baharom berkata, pihaknya akan membantu Faridah untuk mendapatka­n bantuan rumah baharu atau membaik pulih rumah terbabit.

“Saya sendiri terkejut melihat keadaan Hamdan yang tinggal dan tidur di bawah khemah di dalam rumah. Walaupun dia mempunyai masalah mental, sebagai manusia dia layak tinggal di rumah yang lebih selesa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FARIDAH menemani abangnya, Hamdan yang tinggal di bawah khemah di Kampung Sg Korok, Alor Biak.
FARIDAH menemani abangnya, Hamdan yang tinggal di bawah khemah di Kampung Sg Korok, Alor Biak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia