Harian Metro

Atap terbang ke laman jiran

-

Jerantut: “Apabila jiran datang ketuk pintu rumah baru kami sedar kejadian ribut yang menerbangk­an bumbung rumah,” kata warga emas, Mohamed Zain Lebai Aziz.

Dalam kejadian ribut jam 7.45 malam kelmarin di FELDA Sungai Retang di sini, Mohamed Zain, 78, bersama isterinya, Tupin Ismail, 72, dan anaknya, Mohd Riza Mohamed Zain, 47, sedang berehat di bahagian dapur sesudah solat Maghrib.

“Kami tidak sedar langsung atap rumah kami tercabut dibawa ribut, sebab hujan dan angin berlaku sekejap tidak sampai 10 minit.

“Kemudian jiran datang ketuk pintu dapur beritahu bumbung rumah saya diterbangk­an ribut dan jatuh ke laman rumahnya”, katanya.

Mohamed Zain berkata, mereka mendapati ruang tamu rumah dipenuhi air hujan dan bumbung rumahnya diterbangk­an sejauh 50 meter ke laman rumah jirannya.

Berikutan itu, warga emas itu kerugian RM10,000 selepas hampir 10 atap rumahnya ditiup angin dan peralatan serta perabot rumahnya rosak.

Kejadian ribut menyebabka­n hampir 20 rumah peneroka di FELDA Sungai Retang, dekat sini, rosak dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Zuliana Yaakob 36, berkata, semasa kejadian ribut dia bersama kakak dan enam anak saudara berehat sesudah solat Maghrib.

“Tiba-tiba dengar angin kuat dan hujan lebat. Sekelip mata atap rumah terangkat. Saya dan kakak tidak sempat buat apa-apa, cuma selamatkan anak saudara,” katanya,

Zuliana berkata, atap di ruang tamu dan dua bilik di rumah pusakanya diterbangk­an ribut dengan dia tidak sempat menyelamat­kan peralatan dan perabut serta menyebabka­n kerugian hampir RM3,000.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa FELDA, Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah melawat mangsa berkata, beliau akan berusaha membantu mangsa dan mencari jalan penyelesai­an untuk membaiki rumah mangsa.

 ??  ?? MOHAMED Zain (kiri) melihat keadaan atap rumahnya yang diterbangk­an ribut, semalam.
MOHAMED Zain (kiri) melihat keadaan atap rumahnya yang diterbangk­an ribut, semalam.
 ??  ?? PENDUDUK bergotong-royong membersih pokok tumbang selepas ribut di FELDA Sungai Retang.
PENDUDUK bergotong-royong membersih pokok tumbang selepas ribut di FELDA Sungai Retang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia