Harian Metro

Budak terbiar ditinggal abang

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

„ Remaja lelaki menumpang hidup di depan restoran selama seminggu sebelum diselamat polis

Berbeza dengan remaja berusia 13 tahun yang sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan pembelajar­an, Hairie Ismail pula keliru berkaitan masa depannya.

Remaja lelaki berkenaan yang berasal dari Lahad Datu, Sabah tinggal bergelanda­ngan selama seminggu di kawasan berhampira­n sebuah restoran makanan segera di Bandar Seri Alam, Masai, di sini, sebelum diselamatk­an polis pada 2 Ogos lalu.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Zaid Ikhwan berkata, remaja berkenaan dipercayai mangsa pengabaian ahli keluarga.

Beliau berkata, mengikut maklumat diperoleh, Hairie ke negeri ini bersama bapanya sebelum ditinggalk­an bersama abangnya beberapa bulan lalu.

Menurutnya, bagaimanap­un berlaku pengabaian dalam soal kebajikan dan perlindung­an bagi remaja berkenaan apabila abangnya menghilang­kan diri.

Katanya, sebelum ini Hairie tinggal bersama abang kandung di bilik sewa di Taman Rinting, namun abang kandungnya meninggalk­an remaja itu tanpa sebarang pesanan.

“Remaja berkenaan memaklumka­n ibu bapanya berasal dari Sabah namun dia tidak mampu memberi alamat dan nombor telefon yang lengkap.

“Hasil maklumat orang ramai, polis menyelamat­kan remaja berkenaan sebelum merujuknya ke JKM.

“Sepanjang remaja berkenaan berada di institusi JKM, tiada sebarang tuntutan diterima daripada mana-mana warisnya,” katanya.

Zaid berkata, remaja berkenaan menyatakan dia pernah bersekolah di Lahad Datu dan ke negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, remaja berkenaan menyatakan abangnya dikenali sebagai Sulaiman manakala nama bapanya, Ismail.

“Dia menyatakan dihalau pemilik bilik sewa kerana tidak membayar sewa bilik hingga hilang tempat tinggal dan menggunaka­n kemudahan di surau berhampira­n.

“Dia dalam keadaan tertekan hingga tidak mampu memberi maklumat lengkap termasuk berkaitan ibunya. Hairie menyatakan, dia memiliki dokumen pengenalan diri namun ia disimpan abang kandungnya.

“Hairie merindui ibu bapanya dan kami berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan warisnya diminta menghubung­i talian 07-2232606 bagi membolehka­n JKM membincang­kan masa depannya,” katanya.

 ??  ?? HAIRIE
HAIRIE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia