Harian Metro

Suspek kes bunuh minum racun

-

Lelaki yang menjadi suspek utama kes bunuh seorang wanita di Jalan Tiong Hua 1, Sibu, pada 2 Ogos lalu ditemui lemah selepas meminum racun di sebuah rumah panjang di Julau, semalam.

Philip Uja, 42, ditahan sepasukan polis yang menjalanka­n gerakan mengesanny­a sehari selepas kejadian jam 10.40 pagi.

Lelaki terbabit meminum racun dipercayai baja urea yang dibancuh dengan air sebelum memuntahka­n semula racun berkenaan.

Sumber berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditemui bersama botol plastik lut sinar di dalam tandas dan dipercayai meminum racun berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai ketika dihubungi di sini, semalam, mengesahka­n penahanan suspek.

“Polis menjalanka­n serbuan di rumah panjang berkenaan selepas mendapat maklumat risikan suspek bersembuny­i di lokasi itu. “Suspek dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai meminum sejenis cecair yang menyebabka­nnya lemah,” katanya.

Beliau berkata, polis akan mendapatka­n perintah tahanan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, yang juga kakitangan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) ditemui mati dengan tangan dan kakinya diikat.

Bedah siasat ke atas mayat Nurnia Azalea Priscila mendapati wanita itu maut berikutan kecederaan pada kepala akibat dihentak benda tumpul.

Terdapat pendarahan di bawah selaput otak dan pendarahan di permukaan otak, retak tengkorak serta lebam yang menyeluruh di bawah kulit kepala mangsa.

 ??  ?? PHILIP (tengah) ditahan di Julau.
PHILIP (tengah) ditahan di Julau.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 3 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro, 3 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia