Harian Metro

Trauma berlarutan empat gegaran susulan

-

Kuala Lumpur: Trauma dahsyat dialami penduduk Pulau Lombok terhadap dua tragedi gempa bumi yang mengorbank­an lebih 100 nyawa sejak 29 Julai lalu terus berlarutan apabila empat gegaran susulan berlaku malam kelmarin hingga pagi semalam.

Gempa bumi pertama berlaku pada jam 11.30 malam kelmarin waktu tempatan dengan bacaan 5 magnitud disusuli gegaran kedua pada jam 1.30 pagi waktu tempatan berukuran 5.2 magnitud.

Exco Mercy Malaysia, Norazam Abu Samah yang berada di Lombok bagi misi kemanusiaa­n berkata, gempa ketiga dan keempat berlaku pagi semalam tetap dirasai walaupun berskala kecil.

Menurutnya, kebanyakan penduduk masih trauma dengan gempa besar pertama pada awal pagi 29 Julai lalu dan gempa bumi susulan dengan kekuatan 7 magnitud yang berlaku Ahad lalu.

Beliau berkata, gempa bumi terbaru itu menyebabka­n ribuan rumah penduduk di sekitar utara Lombok menyembah bumi memaksa penduduk berkumpul di kawasan lapang seperti kawasan bendang dengan membina khemah.

“Penduduk masih ketakutan dan belum dapat menyesuaik­an diri.

“Ketika kejadian saya berada di hotel sebelum bergegas keluar kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku. Kejadian gempa bumi Ahad lalu menyebabka­n kira-kira 14,000 rumah penduduk menjadi ‘rata’ selain bangunan kerajaan, sekolah dan hospital turut terjejas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas mengenai keutamaan bantuan di kawasan bencana ketika ini, beliau berkata, proses untuk membina semula rumah penduduk mengambil masa lama dan memerlukan dana yang besar.

“Apa yang penting ketika ini adalah penduduk memerlukan tempat tinggal dengan keperluan asas seperti air bersih, tempat membersihk­an diri yang lebih baik, makanan dan minuman.

“Saya bersama seorang lagi wakil Mercy Malaysia dengan kerjasama PKPU Human Initiative kini memberikan tumpuan terhadap bantuan seperti itu. Keperluan kanak-kanak juga adalah keutamaan dengan menyediaka­n lampin pakai buang, susu dan makanan berkhasiat,” katanya.

 ??  ?? JEMAAH yang terperangk­ap dalam runtuhan di Masjid Desa Lading-Lading,
Tanjung, Lombok Utara, Indonesia.
JEMAAH yang terperangk­ap dalam runtuhan di Masjid Desa Lading-Lading, Tanjung, Lombok Utara, Indonesia.
 ??  ?? NORAZAM
NORAZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia