Harian Metro

Lokasi unik pelbagai budaya

 Pelakon siri TV Cinemax, Strike Back musim keenam kagum dengan suasana di Malaysia

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Malaysia menjadi lokasi utama penggambar­an siri TV Cinemax, Strike Back lakonan Daniel MacPherson, Warren Brown, Alin Sumarwata dan Yasemin Allen.

Siri yang masuk musim keenam itu memilih Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang sebagai lokasi penggambar­an kerana kepelbagai­an budaya dan panorama indah.

Daniel ketika ditemui mengakui kagum dengan keunikan yang ada di Malaysia.

“Setiap lokasi ada keunikan tersendiri. Ada kota, hutan dan juga pantai. Semuanya saling melengkapi,” katanya kepada Harian Metro.

Dia yang memegang peranan sebagai Wyatt berkata, pengalaman bekerja dengan kru tempatan juga antara yang terbaik.

“Ramai kru terdiri daripada warga tempatan. Namun, jangan pandang rendah kerana apa yang saya lihat, cara kerja mereka bertaraf dunia,” katanya.

Warren yang memegang peranan sebagai Mac pula menyifatka­n apa yang ditampilka­n dalam musim keenam ini berbeza daripada musim terdahulu.

“Sebelum ini kami bawa penonton menyaksika­n pelbagai aksi di padang pasir tetapi kini landskapny­a berbeza.

“Ia akan beri nuasa dan pengalaman baru kepada penonton apabila menyaksika­n siri ini kelak,” katanya.

Bagaimanap­un, pelakon yang pernah membintang­i filem The Dark Knight Rises itu mengakui cuaca di Malaysia cabaran terbesar buat mereka.

“Malaysia negara tropika yang mana cuacanya panas dan lembab.

“Sangat mencabar tetapi kami sudah mula biasakan diri,” katanya lagi.

Strike Back sebelum ini pernah menjalani penggambar­an di beberapa negara termasukla­h Hungary dan Jordan.

 ??  ?? DANIEL (kanan) dan Warren antara pelakon yang membintang­i Strike Back.
DANIEL (kanan) dan Warren antara pelakon yang membintang­i Strike Back.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia