Harian Metro

‘Sampai bila saya mahu digelakkan sebab badan besar?’

-

Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon Abam Bocey tidak akan berhenti menurunkan berat badannya sehingga mencapai sasaran 100 kilogram (kg).

Abam, 29, berkata sudah lama dia bertubuh besar dan tidak mahu lagi menjadi bahan senda orang sekeliling.

“Saya terima diri ini selalu jadi bahan gurau orang. Namun, sampai bila saya mahu digelakkan sebab badan besar?

“Sudah sampai masa untuk saya berubah ke arah lebih baik. Seperti kerjaya, kita juga kena ada usaha untuk melakukan perubahan.

“Selepas hampir empat bulan, saya berjaya turunkan 30kg daripada berat asal 188kg. Berat sasaran saya adalah 100kg dan kemudian beralih ke fasa seterusnya untuk mendapatka­n bentuk badan lebih menarik,” katanya.

Menurut Abam, ramai menyaranka­n dia mengekalka­n bentuk badan sekarang kerana itulah punca rezekinya.

“Ramai cakap tawaran kerja akan kurang sekiranya saya turunkan berat badan. Mereka cakap saya diterima dalam industri dan dapat tawaran kerja disebabkan berbadan besar.

“Namun, saya percaya dengan rezeki. Kalau sudah tertulis itu rezeki saya, ia akan jadi milik saya.

“Saya mahu jadi inspirasi kepada golongan berbadan besar untuk menurunkan berat badan. Kalau saya boleh, mereka juga pasti boleh,” katanya.

Abam ditemui sewaktu menjayakan program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) menerusi cabaran Pertanding­an Dodgeball Selebriti JK1M baru-baru ini.

Dalam acara itu, kumpulan Abam muncul juara daripada 16 pasukan yang berentap.

 ??  ?? ABAM Bocey beraksi ketika pertanding­an dodgeball pada Program Cabaran Jom Kurus Musim 11 di Extreme Park Sunway South Quay.
ABAM Bocey beraksi ketika pertanding­an dodgeball pada Program Cabaran Jom Kurus Musim 11 di Extreme Park Sunway South Quay.
 ??  ?? ABAM sebelum menurunkan berat badan .
ABAM sebelum menurunkan berat badan .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia