Harian Metro

Bront kecewa gagal dapat dana filem

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah terkenal Bront Palarae kecewa apabila kempen Pitchin mengumpul dana RM2 juta bagi menghasilk­an filem Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen kurang mendapat sokongan orang ramai.

Menurut Bront, setakat ini pihaknya berjaya mengumpul dana RM25,000 sedangkan kos keseluruha­n filem itu mencecah RM4.5 juta.

“Saya tidak tahu nak cakap apa sama ada kecewa atau sedih apabila sokongan orang ramai tidak seperti diharapkan.

“Namun, itulah maklum balas rakyat Malaysia terhadap kempen ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanap­un, kata Bront pihaknya tidak patah semangat untuk meneruskan kempen Pitchin itu.

“Kami akan meneruskan kempen Pitchin ini sehinggala­h menjelang sambutan Hari Kemerdekaa­n nanti.

“Pada masa sama, pihak kami juga ada memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan semoga projek filem ini mendapat sokongan penuh pihak mereka.

“Jika berjalan seperti direncanak­an, filem ini sepatutnya memulakan penggambar­an pada Januari depan,” katanya.

Filem Dawn Raid:

The Hands That Rattled The Queen mengangkat kisah benar yang bakal memaparkan usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Bekas Gabenor Bank Negara, Ismail Ali dan bekas Menteri

Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk membeli aset milik negara di United Kingdom.

 ??  ?? BRONT
BRONT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia