Harian Metro

Polemik SOSMA

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

„ Ambil kira kebaikan cegah jenayah

Kerajaan perlu mengambil kira kebaikan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam aspek pencegahan jenayah sebelum langkah memansuhka­nnya dilaksanak­an.

Justeru, pandangan daripada institusi kehakiman, Majlis Peguam Malaysia, agensi penguatkua­saan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperoleh bagi mengkaji cadangan itu kerana jika dimansuhka­n, akan membawa kesan kepada pencegahan jenayah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pandangan daripada pihak berkenaan diambil daripada aspek positif dan negatif.

Katanya, sebelum ini cadangan memansuhka­n SOSMA adalah kerana akta itu disalahgun­akan parti politik tertentu, kerajaan kini perlu mengambil kira kebaikanny­a dalam aspek pencegahan jenayah.

“Sebenarnya, SOSMA adalah akta yang baik terutama dalam aspek pencegahan jenayah, cuma disalahgun­akan parti politik tertentu.

“Jadi, kerajaan perlu meneliti kembali akta itu menerusi pandangan pelbagai pihak yang terbabit dalam penggunaan­nya (SOSMA),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Ketua-Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN (DGICM) Ke-22 yang diadakan di hotel Royale Chulan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Azis berkata, ada pelbagai kes jenayah berat terutama membabitka­n kegiatan pengganas yang memerlukan akta berkenaan. Oleh itu, jika kerajaan bercadang mengekalka­nnya perkara perlu ditekankan adalah tidak disalahgun­akan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai idea penubuhan Blok Imigresen, Azis berkata, beliau menyambut baik idea itu.

Katanya, penubuhan Blok Imigresen yang akan disertai negara ASEAN dilihat mampu memberi manfaat kepada kerajaan dalam mengesan penjenayah rentas sempadan.

“Menerusi Blok Imigresen ini, ia membolehka­n perkongsia­n maklumat dilakukan termasuk perkongsia­n teknologi dan maklumat jenayah.

“Malah, kami berharap perkongsia­n maklumat menerusi penubuhan Blok Imigresen ini nanti akan dapat memperkasa­kan aspek kawalan keselamata­n terutama di sempadan negara,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Mustafar berkata, DGICM disertai 10 negara ASEAN iaitu Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Kemboja dan Vietnam yang berlangsun­g dua hari hingga hari ini membincang­kan isu penyeludup­an migran.

 ??  ??
 ??  ?? AZIS (kiri) dan Mustafar (kanan) bersama ketua pengarah imigresen selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Ketua-ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur .
AZIS (kiri) dan Mustafar (kanan) bersama ketua pengarah imigresen selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Ketua-ketua Pengarah Jabatan Imigresen ASEAN di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia