Harian Metro

Najib didakwa 3 lagi tuduhan tambahan

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga lagi tuduhan tambahan membabitka­n kesalahan pengubahan wang haram.

Melalui kenyataan media dikeluarka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semalam,

Najib akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pertuduhan adalah berkaitan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC Internatio­nal) selepas mendapat keizinan Peguam Negara.

Seksyen itu menyebut mengenai kesalahan membabitka­n secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi hasil haram, memperoleh, menerima, memiliki, mengalihka­n atau membawa masuk hasil aktiviti haram.

Mengikut seksyen itu, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam sidang media pada April lalu, berkata pihak pendakwaan akan mengemukak­an lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) sekiranya terdapat lagi kertas siasatan baru diberikan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgu­nakan jawatannya berhubung dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta.

Mahkamah sudah mengatur persiapan dengan memasang penghadang di lobi mahkamah bagi memudahkan urusan wartawan yang mengikuti prosiding kes berkenaan.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia