Harian Metro

Hanya ambil keterangan 45 minit

-

Kuala Lumpur: Khabar angin mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, tidak benar apabila beliau hanya diambil keterangan selama 45 minit.

Beliau bagaimanap­un akan kembali ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi menghadapi sekurang-kurangnya tiga lagi pertuduhan membabitka­n SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Terdahulu Najib tiba di Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, di sini, jam 5 petang semalam, dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire dan diiringi dua kenderaan lain.

Sumber SPRM berkata, Najib dipanggil untuk memberi keterangan berhubung tiga lagi pertuduhan mengikut

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bagaimanap­un selepas 45 minit berada dalam bangunan MACA, Najib dilihat keluar dari perkaranga­n bangunan itu jam 5.47 petang semalam dan pulang ke rumah di Langgak Duta.

“Beliau memberi keterangan pada hari ini (semalam) di MACA. SPRM turut menyerahka­n notis perintah hadir ke mahkamah buat kali kedua kepada beliau berhubung tiga lagi pertuduhan mengikut akta sama (AMLA).

“Ia berkaitan tuduhan penyelewen­gan wang milik SRC Internatio­nal yang akan dijalankan di Mahkamah Kuala Lumpur esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, pertuduhan mahkamah dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki yang dihubungi mengesahka­n perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia