Harian Metro

Impian dua biras tunai haji bersama termakbul

- Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

Sepang: Kesepakata­n dua biras mendaftar menunaikan ibadat haji bersama di Tabung Haji (TH) 15 tahun lalu akhirnya dimakbulka­n apabila mereka serta pasangan masing-masing terpilih menjadi tetamu Allah menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.

Baba Ibrahim Kassim, 55, dan Ali Ibrahim, 61, dari Taboh Naning, Melaka sepakat dan mula menabung dalam TH selepas mendirikan rumah tangga dan sering membincang­kan perkara itu setiap kali bertemu terutama apabila pulang ke rumah keluarga mentua.

Berkat kesabaran menabung, kedua-dua mereka akhirnya mendapat panggilan menunaikan ibadat haji bersama diiringi isteri masing-masing.

Pemergian Baba Ibrahim ke Tanah Suci ditemani isterinya, Fatimah Kassim, 51, suri rumah manakala Ali pula ditemani isteri, Normah, 52, juga suri rumah.

Menceritak­an perasaan mereka mendapat peluang mengerjaka­n ibadat haji bersama-sama, Ibrahim yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, tiada kata-kata mampu diluahkan apabila impiannya dan biras untuk menunaikan ibadat haji tercapai dan dimakbulka­n Allah.

Menurutnya, selepas berumah tangga, dia bekerja di kilang dan mula menyimpan wang sedikit demi sedikit dalam akaun TH.

Katanya, selepas bertahun-tahun bekerja, dia mengambil keputusan berhenti dan membawa teksi.

Katanya, keadaan ekonomi yang ketika itu tidak stabil menyebabka­n kilang tempatnya bekerja mengurangk­an pekerja.

“Walaupun bertukar kerja, saya terus mengumpul duit dan akhirnya hasrat kami terlaksana dan saya rasa macam bermimpi. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya di Kompleks TH di sini.

Bekas kakitangan bahagian pengeluara­n kilang, Ali berkata, walaupun berdepan pelbagai kekangan namun nekad dan semangat yang tinggi menyebabka­n dia sentiasa menyimpan wang ke dalam akaun TH setiap bulan untuk ke Tanah Suci.

Menurutnya, dia sentiasa memberi galakan kepada anak-anaknya mengenai kepentinga­n amalan menabung dalam TH sejak kecil kerana setiap orang mempunyai keinginan untuk ke Tanah Suci bagi menyempurn­akan rukun Islam kelima.

Katanya, kali pertama dapat menunaikan haji dalam keadaan sihat akan menjadi kenangan sepanjang hidupnya dan peluang ini mungkin datang sekali seumur hidup.

“Sepanjang mendaftar dengan TH, kami tidak pernah membuat rayuan, Alhamdulil­lah akhirnya kami dipilih dan mengucapka­n terima kasih kepada TH kerana memberi peluang menjadi tetamu Allah tahun ini.

“Sepanjang di Tanah Suci, kami tidak mahu melepaskan peluang beribadat dan berdoa di hadapan Kaabah supaya kehidupan kami sekeluarga diberkati serta meperoleh haji mabrur,” katanya.

 ??  ?? DARI kanan, Fatimah, Baba Ibrahim, Normah dan Ali dari Taboh Naning sebelum berangkat ke Tanah Suci di Kompleks Tabung Haji, semalam.
DARI kanan, Fatimah, Baba Ibrahim, Normah dan Ali dari Taboh Naning sebelum berangkat ke Tanah Suci di Kompleks Tabung Haji, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia