Harian Metro

Selirat talian hayat

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

„ Pemuda asma kronik bergantung ihsan saudara-mara lepas ibu bapa meninggal dunia

“Sejak ayah dan ibu meninggal dunia, saya sebagai anak sulung mengambil alih tugas menjaga dua adik.

“Namun, selepas disahkan menghidap asma kritikal, saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan hingga terpaksa menyerahka­n adik perempuan berusia 12 tahun untuk dijaga ibu saudara kerana kekangan kewangan.

“Malah, saya tidak mampu menampung kos rawatan sehingga bil hospital tertunggak dua tahun,” kata Muhammad Amirul Md Rahim, 25, yang kini terlantar di Hospital Nur Zahirah (HNZ), Kuala Terengganu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu disahkan menghidap asma tahap lima pada April 2016. Sejak itu dia ‘berumah’ di hospital berikutan kerap mengalami sesak nafas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir sepanjang masa.

Menurutnya, dia kini bergantung harap kepada nenek berusia 83 tahun dan saudara-mara terdekat bagi membantuny­a membiayai kos rawatan.

“Hospital menjadi rumah kedua saya sejak dua tahun lalu kerana perlu sentiasa dipantau doktor. Kalau pulang ke rumah pun cuma dua atau tiga hari, selepas itu masuk wad semula berikutan serangan asma yang teruk.

“Saya perlu mengambil ubat setiap hari dan jika diikutkan untuk itu saja kosnya mencecah RM27,000 setahun. Tetapi saya cuma kena bayar bil rawatan kerana dirawat di hospital kerajaan.

“Tapi akibat kekangan kewangan, bil rawatan RM2,000 pun saya tak mampu nak bayar. Saya risau kalau nama disenarai hitam selepas ini, jika itu berlaku ia mungkin menyukarka­n saya mendapatka­n rawatan,” katanya.

Amirul berkata, dia turut menerima bantuan zakat RM2,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) pada tahun lalu.

“Baru sekali saya terima wang zakat yang digunakan untuk tampung perbelanja­an sepanjang di wad seperti membeli makanan, tisu basah dan lampin pakai buang.

“Kos perbelanja­an bagi membeli keperluan itu juga melebihi RM1,500 setiap bulan. Mujur ada saudara-mara tampil menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban saya,” katanya.

Adik lelakinya berusia 22 tahun mengambil upah melakukan kerja kampung untuk menampung perbelanja­an harian selain bergantung harap kepada ihsan ahli keluarga.

Orang ramai yang ingin membantu meringanka­n beban boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Maybank milik Muhammad Amirul Md Rahim bernombor 1621517685­34.

 ??  ?? MUHAMMAD Amirul terlantar di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak dua tahun lalu selepas disahkan menghidap asma tahap 5.
MUHAMMAD Amirul terlantar di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak dua tahun lalu selepas disahkan menghidap asma tahap 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia