Harian Metro

Api kerepek Ayer Hitam

-

„ Peniaga lihat percikan api, letupan sebelum lapan kedai musnah

“Ada rakan peniaga yang nampak percikan api disusuli letupan kecil sebelum api marak membakar lapan kedai kerepek dan cenderahat­i kami,” kata seorang mangsa kebakaran kedai di pekan Ayer Hitam, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, deretan lapan kedai sementara menjual kerepek serta cenderahat­i yang menjadi ikon pekan Ayer Hitam sejak lebih 30 tahun lalu musnah 100 peratus dalam kebakaran berkenaan.

Mangsa, Shamsiah Zakaria, 46, berkata, jeritan rakan peniaga yang memaklumka­n kedainya terbakar menyebabka­n dia terkejut dan berlari ke kedai untuk menyelamat­kan stok barangan cenderahat­inya.

“Saya tinggal di Kampung Baru Ayer Hitam yang hanya terletak kira-kira 40 meter dari kedai, namun apabila tiba api sudah marak membakar deretan kedai di situ.

“Peniaga lain serta orang ramai pun hanya mampu melihat dan tidak dapat membantu apa-apa.

“Seorang peniaga berdekatan yang ketika itu mengemas kedainya memaklumka­n dia ternampak percikan api diikuti letupan kecil sebelum api mula marak membakar deretan lapan kedai di sini sebelum menelefon bomba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, peniaga kerepek dan bantal, Norizan Kamal, 45, berkata, angin kencang menyebabka­n api marak sekelip mata membakar kedainya sehingga tiada satu barang jualan dapat diselamatk­an.

“Kebanyakan peniaga ter- masuk saya menyimpan stok barangan di kedai menyebabka­n kami kerugian sehingga RM20,000 seorang.

“Ini kebakaran kedua yang pernah menimpa peniaga di sini kerana 20 tahun lalu kebakaran besar pernah memusnahka­n 30 deretan kedai sementara, namun tindakan pantas anggota bomba membolehka­n api dapat dikawal.

“Peniaga terjejas berharap Majlis Daerah Yong Peng dapat memindahka­n kami di lot kedai kekal yang sudah siap dibina berdekatan kawasan ini bagi membolehka­n punca pendapatan disambung,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Othman Baher berkata, seramai 14 anggota dan tiga jentera dari BBP Ayer Hitam serta Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

 ??  ??
 ??  ?? SHAMSIAH menunjukka­n sebahagian kedainya yang terbakar awal pagi tadi di pekan Ayer Hitam.
SHAMSIAH menunjukka­n sebahagian kedainya yang terbakar awal pagi tadi di pekan Ayer Hitam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia