Harian Metro

Tak sudah lontar perkataan kesat

- Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

Dewan Rakyat sekali lagi dicemari kata-kata kurang sopan dilontarka­n beberapa Ahli Parlimen pada sesi perbahasan usul Rang Undang-Undang Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an (SST), semalam.

Kekecohan bermula apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-UMNO Kinabatang­an) diberi laluan mencelah oleh Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau) yang baru memulakan perbahasan.

Sebaik Bung Moktar mula berkongsi pengalaman ke pasar Selayang, Willie Mongin (PH-PKR Puncak Borneo) bersuara, “Bukan kasino ke?”

Soalan spontan itu menyebabka­n Bung Moktar bingkas berkata, “Tarik balik! Samseng! Kurang ajar! Mau gaduh dengan saya?

Bung Moktar kemudian melontarka­n perkataan kesat terhadap Willie.

Ia membuatkan Willie berang dan menyifatka­n kata-kata kesat dilemparka­n Bung Moktar

Suasana terus kecoh dengan beberapa Ahli Dewan membantah tindakan Bung Moktar manakala Chang Lih Kang (PH-PKR Tanjung Malim) bangun dengan Peraturan Mesyuarat sambil meminta Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon mengarahka­n Bung Moktar keluar Dewan.

Tanpa menghirauk­an hingar-bingar itu, Bung Moktar terus menghambur­kan kata-kata kurang sopan.

Pertikaman lidah terus

tidak bermoral. meruncing apabila wakil kedua-dua pihak mempertaha­nkan pendirian sebelum Rashid mengarahka­n semua diam.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-UMNO Beluran) bangun dan mengemukak­an Peraturan Mesyuarat 36(9) yang antara lain menggarisk­an kelakuan atau sifat Ahli Parlimen tidak boleh disebut.

“Ini menyebabka­n punca perbalahan,” katanya dengan kekecohan berlanjuta­n hampir lima minit sebelum Dewan ditangguhk­an untuk rehat tengah hari.

Apabila persidanga­n bersambung jam 2.30 petang, Khairy Jamaluddin cuba meneruskan perbahasan tetapi beberapa Ahli Parlimen kerajaan bangun mendesak Rashid membuat ketetapan berhubung perlakuan Bung Moktar.

Rashid kemudian mengarahka­n Bung Moktar menarik balik kenyataann­ya dan diberi peringatan tidak mengulangi­nya bagi mengelak diarah meninggalk­an Dewan.

 ??  ?? BUNG Moktar (kanan, atas) ketika bertekak dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah woh dan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
BUNG Moktar (kanan, atas) ketika bertekak dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah woh dan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia