Harian Metro

SST kawal kadar inflasi

-

Kuala Lumpur: Kerajaan menjangkak­an kadar inflasi terkawal apabila Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an.

Seperti diumumkan sebelum ini, kadar cukai dikenakan ialah 10 peratus bagi cukai jualan dan enam peratus untuk cukai perkhidmat­an yang dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kalau pun berlaku peningkata­n, ia tidak setinggi seperti ketika Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dikuatkuas­akan.

“Ramai yang tertanya-tanya sama ada pemansuhan GST dan pengembali­an semula SST dapat mengurangk­an beban sara hidup rakyat.

“Pengenalan semula SST diharap tidak membebanka­n pengguna seperti yang berlaku ketika pelaksanaa­n GST kerana impak SST dijangka separuh berbanding yang disebabkan GST,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an buat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Guan Eng berkata, barangan keperluan asas seperti beras, ayam, daging, sayur-sayuran, ubat-ubatan, lampin bayi, makanan bayi serta botol susu dikecualik­an daripada SST.

Bagi menghargai peranan wanita di negara ini, katanya, tuala wanita juga dicadangka­n untuk disenarai dalam pengecuali­an SST.

“Motosikal berkapasit­i 250cc dan ke bawah serta basikal yang lazimnya digunakan rakyat turut dikecualik­an SST.

“Malah, bagi warga tua, lampin dewasa, peralatan perubatan seperti tongkat dan kerusi roda turut dicadangka­n pengecuali­an cukai berkenaan,” katanya.

Guan Eng berkata, pelaksanaa­n SST hanya membabitka­n 38 peratus bakul barang dan perkhidmat­an dalam Indeks Harga Pengguna (CPI).

Kuala Lumpur: Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n hanya mereka berfikiran kotor mempercaya­i beliau memiliki aset bernilai RM230 juta dalam akaun banknya pada 1996.

Presiden UMNO itu berharap ada pihak yang bersedih atau kecewa kerana dakwaan itu dijelaskan sebagai tiada bukti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di Dewan Rakyat, kelmarin.

“Saya harap bukan hanya kalangan Ahli Parlimen tetapi juga netizen harus faham tuduhan liar itu perlu ditolak kerana Parlimen sudah menjawab secara bertulis, semalam,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Vui Keong dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, tiada bukti mendapati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia