Harian Metro

PKR pertaruh Dr Yaakob

- Mohd Iskandar Ibrahim am@nstp.com.my

„ Bekas ADUN Kota Anggerik calon DUN Seri Setia

PKR dijangka mempertaru­hkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Sumber dalaman parti itu berkata, pemilihan bekas EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembanguna­n Usahawan Selangor itu berdasarka­n pengalaman­nya di dalam parti selain pernah menjadi ADUN Kota Anggerik selama dua penggal.

“Dr Yaakob boleh dianggap orang lama dan berpengala­man. Khabar angin mengatakan beliau akan dipilih sebagai calon juga bertiup kencang.

“Bagaimanap­un, perlu menunggu keputusan pucuk pimpinan parti terlebih dahulu dan mereka dijangka membuat pengumuman dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Yaakob sebelum ini menjadi koordinato­r membantu kemenangan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada PRK Sungai Kandis Sabtu lalu.

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandang­nya, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, Khamis lalu akibat barah usus dihidapiny­a sejak dua tahun lalu.

Shaharuddi­n, 56, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembanguna­n Modal Insan Selangor meninggalk­an isteri, Adibah Ahmad, 57, dan enam anak iaitu Mohd Syazwanudd­in, 30, Atiqah Syairah, 29, Atiah Nadzrah, 28, Muhammad Saifuddin, 25, Muhammad Salahuddin,23, dan Ainun Syafiqah, 18, serta seorang cucu lelaki berusia dua tahun.

 ??  ?? DR Yaakob
DR Yaakob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia