Harian Metro

‘Ramai sedia tawar kerusi’

-

Petani: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui ramai Ahli Parlimen bersedia menawarkan kerusi masing-masing untuk ditandingi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun suaminya belum membuat ketetapan berhubung perkara itu sehingga kini.

Dr Wan Azizah berkata, sehingga kini Anwar yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, Ahad lalu, masih tidak membuat keputusan lagi kerusi Parlimen mana yang mahu ditandingi­nya.

“Memang saya katakan banyak yang menawarkan untuk mengosongk­an kerusi mereka bagi memberi laluan buat Anwar.

“Namun kita dan Anwar sendiri belum membuat keputusan di mana dia nak bertanding,” katanya selepas merasmikan penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda, di sini, semalam.

Turut berangkat ke program itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Selayang, William Leong menyatakan kesediaann­ya untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi itu.

Selain itu, terdapat khabar angin yang menyatakan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang kononnya turut bersedia memberi laluan buat Anwar, namun beliau mengesahka­n tiada perbincang­an dibuat mengenai perkara itu.

 ??  ?? TUNKU Intan Safinaz bersama Dr Wan Azizah melawat mangsa simulasi bencana pada majlis perasmian Penutup Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami.
TUNKU Intan Safinaz bersama Dr Wan Azizah melawat mangsa simulasi bencana pada majlis perasmian Penutup Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia