Harian Metro

LRT3 perlu diteruskan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menanggung kos tinggi jika membuka tender baru untuk melantik Rakan Pelaksana Projek (PDP) berbeza bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, apa yang menghairan­kan ialah tindakan kerajaan meneruskan projek itu walaupun menyedari kos akhir melonjak RM9 bilion menjadi RM31.65 bilion berbanding kos asal.

“Ini menunjukka­n kegagalan di pihak PDP, namun mengapa kerajaan terdahulu meluluskan jaminan tambahan diminta Prasarana Malaysia pada Mac lalu?

“Oleh itu, kita hanya boleh mengkaji semula projek ini dan mengurangk­an kosnya, tiada pilihan lain.

“Jika kita batalkan projek, kita perlu membayar pampasan RM4.2 bilion dan kita benar-benar memerlukan projek LRT3,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Reezal Merican (BN-UMNO Kepala Batas) ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Reezal Merican bertanya sama ada kerajaan akan membuka semula tender projek terbabit.

Guan Eng berkata, penjimatan kos projek itu tidak akan menjejaska­n kualiti perkhidmat­an LRT apabila siap sepenuhnya.

“Mengikut skop asal, pembinaan stesen LRT adalah seperti stesen MRT dan ini hanya menyebabka­n pembaziran.

“Penguranga­n kos tidak semestinya menjejaska­n kualiti asalkan mengikut piawaian ditetapkan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak).

 ?? Lim ?? Kita hanya boleh mengkaji semula projek dan kurangkan kosnya”
Lim Kita hanya boleh mengkaji semula projek dan kurangkan kosnya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia