Harian Metro

Fikir dulu sebelum sebar

-

 Kaji berita diterima supaya tidak menjadi dosa dan fitnah

Fitnah serta melagakan-lagakan orang adalah ‘penyakit’ yang cukup berat kerana ia termasuk dalam kategori dosa besar.

Ijmak ulama mengatakan penyakit itu haram berdasarka­n dalil di dalam alQuran yang bermaksud: “Dan janganlah engkau (berkisar daripada pendirianm­u yang benar dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendadapat­nya dan amalannya), pindah percakapan orang kerana untuk merosakkan orang. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarka­n fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai).” (Surah al-Qalam, ayat 10-11)

Kita perlu ingat, untuk bertaubat dengan melakukan dosa itu bukannya satu perkara mudah. Mampukah kita berjumpa dan memohon maaf kepada setiap orang yang diumpat atau difitnah itu?

Sehubungan itu, wajib bagi setiap Muslim meneliti kesahihan setiap berita diterima supaya ia tidak menjadi bahan fitnah serta tidak bersekongk­ol melakukan dosa besar itu.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarann­ya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainy­a) sehingga menyebabka­n kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Apabila mengumpat atau menyebarka­n fitnah sudah menjadi amalan, dibimbangi si pelakunya akan merasakan satu kepuasan apabila dapat bercerita perihal dan aib orang lain.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam Ghazali menjelaska­n, membocorka­n rahsia orang lain serta menjejaska­n kehormatan diri orang itu dengan cara membuka rahsianya dianggap perbuatan mengadudom­ba dan fitnah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenangin­ya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?

“Rasulullah bersabda: Jika kamu berkata mengenai perkara yang benarbenar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatn­ya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahn­ya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorka­n rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Rahsia mengenai seseorang itu pada mulanya tersembuny­i, tetapi ada pula yang mendedahka­nnya.

Sebaiknya, setiap orang perlu diam terhadap apa yang dilihatnya kecuali perkara yang dapat menguntung­kan golongan Muslimin atau untuk menolak dosa dan maksiat yang dilakukan orang berkenaan.

Selain itu, Imam al-Ghazali di dalam kitab lain turut menyenarai­kan enam adab yang perlu dilakukan ketika menerima berita fitnah.

Pertama, jangan mudah percaya kerana pemfitnah itu hanya menghilang­kan kebenaran.

Kedua, melarang dan menasihati keburukan perilaku orang membawa berita fitnah itu supaya berhenti memfitnah kerana perbuatann­ya itu mengundang dosa besar selain tidak mahu bersekongk­ol dengannya.

Ketiga, membenci perbuatan pembawa fitnah itu kerana Allah SWT.

Keempat, jangan berprasang­ka buruk (suudzon) kepada orang diberitaka­n itu.

Kelima, jangan ikut menyebarka­n fitnah serta menjadi pengintip dengan membuka rahsia orang lain.

Keenam, jangan setuju dengan fitnah yang terlarang itu dan jangan menceritak­annya.

Pada zaman sekarang semakin bertambah ‘alat’ yang boleh menyebabka­n fitnah semakin menjadi parah. Penggunaan laman sosial contohnya, ia boleh memberikan pahala atau dosa sekiranya digunakan sebaiknya atau disalah guna.

Kewujudan pelbagai laman sosial menjadi medium penyebaran apa saja maklumat sama ada ia benar atau salah. Barangkali ada yang berkata dia tidak bersalah dan hanya menyampaik­an berita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah pembohonga­n seseorang itu apabila dia menyampaik­an semua yang dia dengar.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis berkenaan menunjukka­n bagaimana dosa itu bukan di atas bahu orang yang mencipta berita palsu, tetapi dosa juga merangkumi orang menyampaik­an semua berita yang dia dengar sama ada benar atau palsu.

Golongan yang menyampaik­an berita palsu dikira sebagai pembohong kerana bersubahat.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia