Harian Metro

Bekalan takwa untuk alam barzakh

-

Mengingati kematian adalah amalan yang diajar dalam Islam. Ia bertujuan supaya manusia sentiasa bersiap sedia untuk melalui ‘detik’ itu pada bilabila masa yang ditetapkan Allah kelak.

Pada setiap tahun, apabila tibanya Ramadan dan Syawal kita tidak pernah terlepas menerima berita kematian orang yang rapat seperti rakan, jiran, teman tempat kerja, kawan sekolah serta saudara-mara.

Tahun itu mungkin mereka pergi mendahului kita, namun nasib kita juga boleh tiba pada bilabila masa dan di manamana saja bermula dari sekarang.

Di alam barzakh, tempoh panjang atau singkat perjalanan seseorang bergantung kepada amalan mereka ketika berada di dunia.

Bayangkan, bagaimana keadaan kita nanti apabila berada pada malam pertama di alam barzakh.

Ia adalah satu tempat baru yang cukup asing, gelap gelita, sunyi sepi dan sempit.

Sebab itu bagi orang yang hidup, mereka dianjurkan berdoa apabila melewati kawasan perkuburan.

Mungkin tahun ini teman atau saudara-mara yang pergi meninggalk­an kita buat selamanya, boleh jadi tidak lama selepas itu mungkin tiba pula giliran kita.

Dalam buku Indahnya

Kematian, terdapat satu kisah daripada Ali bin Abu Talib selepas pulang daripada Perang Siffin. Beliau melewati kawasan perkuburan sambil berkata: “Wahai penghuni kampung yang sunyi. Wahai penduduk yang tinggal di tempat sunyi sepi. Wahai orang yang berdiam diri di kubur yang gelap. Wahai orang yang berbaring di atas tanah, yang terasing, yang sendirian dan yang kesepian. Kalian mendahului kami. Kami akan mengikuti kalian. Rumah kalian didiami orang lain, isteri dan suami kalian sudah berkahwin lagi dan harta kalian juga sudah dibahagi-bahagikan. Inilah khabar daripada kami. Bagaimana khabar daripada kalian?”

Kemudian Ali berpaling ke arah sahabat-sahabatnya lalu berkata: “Demi Allah, sekiranya Allah mengizinka­n mereka berbicara, mereka akan berkata: “Sesungguhn­ya bekal paling baik adalah takwa.”

Bekalan itu sangat penting kerana manusia akan pulang ke kampung halamannya itu dalam tempoh yang sangat panjang.

Justeru, bekalan takwa perlu dicari dengan bersungguh-sungguh. Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya satu doa yang baik untuk diamalkan iaitu: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan atas dosadosa yang aku sedari dan dosa-dosa yang tidak aku sedari, dosa-dosa yang aku ketahui serta yang tidak aku ketahui.”

Doa itu penting kerana ia melorongka­n pengharapa­n kita untuk sentiasa bertaubat kerana sudah menjadi fitrah manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dalam walaupun dalam keadaan tidak sedar.

 ??  ?? PERKUBURAN Baqi berhampira­n Masjid Nabawi di Madinah.
PERKUBURAN Baqi berhampira­n Masjid Nabawi di Madinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia