Harian Metro

Cantas judi

- Izlaily Nurul Ain Hussein cnews@nstp.com.my

„ Polis minta bantuan

TNB potong bekalan elektrik

Polis Iskandar Puteri dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik terhadap 15 premis yang didapati menjalanka­n kegiatan perjudian dalam talian, dalam operasi di sini, semalam.

Semua 15 premis itu sudah dikenal pasti dan diserbu terlebih dulu yang mana sebelum ini dikesan berselindu­ng di sebalik kedai menjual kad tambah nilai serta aksesori telefon bimbit untuk menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Timbalan Ketua Polis Daerah I Iskandar Puteri Superinten­dan Ismail Dollah berkata, Ops Pemotongan Be- kalan Elektrik yang dijalankan bermula jam 10 pagi itu membabitka­n kawasan Nusa Bestari, Bukit Indah serta Mutiara Rini, di sini.

Beliau berkata, operasi berterusan itu juga akan dilakukan ke atas premis lain yang sudah dikenal pasti menjalanka­n aktiviti sama.

“Hari ini dengan kerjasama TNB, kita akan memotong bekalan elektrik ke atas premis didapati menjalanka­n aktiviti judi dalam talian hasil risikan dan siasatan yang kita lakukan selama ini.

“Selepas kita melakukan risikan dan siasatan ke atas 15 premis ini, kita menghantar surat kepada TNB supaya bekalan elektrik ke atas premis berkenaan dipotong bagi memastikan aktiviti haram ini tidak lagi berulang,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini, semalam.

Pemotongan bekalan elektrik itu dilakukan dua juruteknik TNB Johor Bahru iaitu Zainal Ashikin Yusof dan Abdul Ghani Bakar.

Turut serta, Timbalan Ketua Polis Daerah II Iskandar Puteri Deputi Superinten­dan M Kumarasan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Iskandar Puteri Asisten Superinten­dan Reduan Khalid.

Menurut Ismail, ini adalah operasi pemotongan bekalan elektrik pertama kali diadakan tahun ini yang turut mendapat kerjasama dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Katanya, tindakan yang diambil adalah mengikut peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pada masa sama, beliau berkata, sepanjang Januari hingga Julai lalu, pihaknya sudah menjalanka­n 71 serbuan bagi membantera­s aktiviti perjudian di sekitar Iskandar Puteri.

“Dalam serbuan ini, seramai 533 individu termasuk 58 warga asing berusia 17 hingga 60 tahun ditahan dengan 1,360 komputer, komputer riba dan tablet dirampas yang mana pelbagai peralatan ini sudah dilupuskan.

“Kita turut merampas wang tunai lebih RM31,000 dan mata wang Singapura S$300,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL bersama pekerja TNB membuat pemotongan bekalan elektrik.
ISMAIL bersama pekerja TNB membuat pemotongan bekalan elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia