Harian Metro

Tak takut dibenci

- DARI MUKA R21

“Setakat ini, skripnya sudah ada dan ia dijangka direalisas­ikan penghujung tahun ini. Saya juga tidak ada masalah berlakon dengan suami dalam drama.

“Namun, saya ada bercakap dengan Fattah, mungkin kali ini kami tidak bercinta dalam drama kerana tidak mahu penonton bosan. Bagaimanap­un, peminat tetap mahukan kami bercinta dalam drama walaupun sudah berkahwin,” katanya.

Ditanya mengenai watak jahat pula, kata pelakon filem J Revolusi ini, dia tidak menolak jika ada tawaran selepas ini.

“Saya tidak takut dibenci penonton kerana sebagai pelakon kita hanya menyampaik­an cerita itu seperti dikehendak­i skripnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Malaysian Fashion & Business Mission Ke New York 2018 di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Mengulas perkembang­an kerjaya nyanyianny­a, penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini juga sibuk mempromosi­kan album sulungnya yang dilancarka­n pada November tahun lalu.

“Saya juga merancang mengadakan ‘showcase’ dan sesi bertemu peminat di Kota Kinabalu, Sabah, nanti.

“Pada masa sama, saya juga mencari penulis lirik muda berbakat untuk bekerjasam­a dengan saya selepas ini.

“Saya percaya penulis lirik muda juga boleh menghasilk­an lirik lagu yang bagus kerana tidak mahu lirik berkisar kisah putus cinta saja,” katanya.

FAZBULOUS KE NEW YORK

FASHION WEEK

Dalam usaha mempromosi produk keluaran Malaysia ke Amerika Syarikat, Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawat­i) bakal membawa beberapa jenama tempatan ke New York Fashion Week di New York, Amerika Syarikat.

Ini selaras usaha mengetenga­hkan bakat usahawan Malaysia ke peringkat antarabang­sa dalam masa sama mempromosi­kan negara sebagai pusat pelanconga­n.

Antara beberapa jenama yang terpilih adalah Fazbulous milik Nur Fazura, Mak Cun ( Erma Fatima), Rizman Ruzaini ( Rizman & Wan Mohd Ruzaini), V Hijrah (Vie Shanti) dan Fiziwoo (Hafizi & Izree).

Bagi Fazura, dia juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk memperagak­an koleksi Fazbulous di New York.

“Ia julung kali saya memperagak­an jenama Fazbulous ke New York, sekali gus pendedahan ke peringkat antarabang­sa.

“Saya sentiasa berasa diri ‘kecil’ walaupun sudah tiga tahun terbabit dalam bidang fesyen,” katanya.

Berkongsi mengenai koleksinya pula, kata Fazura, dia juga mengambil inspirasi dan bertemakan perasaan gembira dan bebas.

“Ada koleksi yang dibawa dari pertunjukk­an KL Fashion Week dan beberapa lagi rekaan terbaru khusus untuk diperagaka­n di sana

“Selain memperagak­an koleksi, saya berharap pendedahan ini dapat mengembang­kan lagi jenama tempatan ke luar negara,” katanya.

Acara Couture New York Fashion bakal diadakan di Hotel Crowne Plaza Times Square, New York dan turut dihadiri tetamu daripada seluruh dunia. -Ramlah Zainal

 ??  ?? Saya ada bercakap dengan Fattah, mungkin kali ini kami tidak bercinta dalam drama kerana tidak mahu penonton bosan
Saya ada bercakap dengan Fattah, mungkin kali ini kami tidak bercinta dalam drama kerana tidak mahu penonton bosan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia