Harian Metro

Sanding sekali lagi

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Fazley mahu tunai janji terhadap arwah bapa

Selepas tular kisahnya ingin bersanding semula sempena ulang tahun perkahwina­n ke-12 tahun ini, penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahka­n majlis itu dijangka diadakan pada November depan.

Fazley berkata, sebab utama dia ingin melaksanak­an majlis terbabit secara sederhana adalah untuk meraikan ahli keluarga, rakan dan teman media yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwina­n lalu.

Katanya, hasrat terbabit adalah janji yang pernah dibuat kepada arwah bapanya.

“Arwah ayah pernah pesan kalau sampai waktu sesuai dia mahu kami bersanding semula.

“Insya-Allah majlis kami nanti bertemakan tradisiona­l moden atau Bollywood,” katanya.

Kata Fazley, dia tidak sangka ada beberapa pihak berminat menaja majlis terbabit. Bagaimanap­un, dia belum memutuskan perkara itu memandangk­an majlis yang mahu dilakukan bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz berlangsun­g secara sederhana.

“Insya-Allah perancanga­n untuk bersanding semula akan dilakukan hujung November depan kerana kami bernikah pada 7 November, mungkin dalam minggu itu.

“Saya gembira apabila ramai yang ingin menaja majlis ini, tetapi saya belum buat keputusan,” katanya.

Fazley atau nama lengkapnya, Ahmad

Fadzli Yaakob dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007. Mereka dikurniaka­n empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Fazley berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Mamanda Kuala Lumpur di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara barubaru ini.

Mengulas lanjut mengenai pembukaan restoran itu, kata Fazley, ia sudah dibuka kepada umum sejak setahun lalu yang menyajikan pelbagai hidangan makanan Melayu Nusantara pada harga berpatutan.

“Sebenarnya ia sudah beroperasi setahun lalu cuma baru sekarang dirasmikan kerana sebelum ini kami masih dalam proses menentukan menu terbaik selain mahu menggunaka­n bahan yang sama di Restoran Mamanda Singapura.

“Apa yang menarik, konsep restoran ini menyajikan makanan Nusantara termasuk Indonesia dan Singapura, bukan Melayu sematamata.

“Menariknya cara hidangan menu itu juga dibuat ala-ala istana iaitu di atas dulang untuk dimakan beramai-ramai,” katanya.

 ??  ?? Insya-Allah majlis kami nanti bertemakan tradisiona­l moden atau Bollywood FAZLEY bersama Pengerusi Mamanda Kuala Lumpur, Datin Umi Kalsom Abdul Latif dan Pengarah Mamanda Kuala Lumpur, Zulkarnine Hafiz menunjukka­n antara menu yang dihidangka­n ketika...
Insya-Allah majlis kami nanti bertemakan tradisiona­l moden atau Bollywood FAZLEY bersama Pengerusi Mamanda Kuala Lumpur, Datin Umi Kalsom Abdul Latif dan Pengarah Mamanda Kuala Lumpur, Zulkarnine Hafiz menunjukka­n antara menu yang dihidangka­n ketika...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia