Harian Metro

Warga asing pun boleh’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Ferry mahu cuba nasib berlakon pula

Ingin mencari pengalaman baru membuatkan pemuda kelahiran Pakistan, Farry memberanik­an diri keluar dari zon selesa untuk menceburi bidang peragaan di negara ini.

Biarpun sudah ada pengalaman di Pakistan, Farry atau nama sebenarnya Muhammad Faraz Muhammad Mustafa mengakui terpaksa bermula dari kosong apabila cuba menceburi dunia peragaan di negara ini.

“Saya datang ke Kuala Lumpur untuk membantu abang yang mengusahak­an perniagaan restoran. Kemudian, terlintas dalam fikiran untuk mencuba bidang peragaan di sini.

“Saya bersyukur apabila seorang rakan membantu merealisas­ikan impian itu,” katanya yang sudah enam bulan menetap di Kuala Lumpur.

Jejaka berusia 22 tahun ini mengakui urusan dan proses memasuki industri peragaan di Malaysia sangat berbeza dengan negaranya.

“Di sini saya perlu menghadiri uji bakat dulu dan juga membuat kenalan untuk mempromosi­kan diri. Di Pakistan prosesnya lebih mudah dan saya sudah banyak memperagak­an pelbagai jenis pakaian,” katanya.

Anak bongsu daripada empat beradik ini turut meluahkan hasrat ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan.

“Mana tahu ada produksi perlu pelakon tambahan untuk watak warga asing. Sebagai permulaan, saya tidak kisah dan sanggup belajar dari bawah,” katanya.

Menjadikan Jackie Chan sebagai inspirasin­ya, Farry berkata, dia perlu kem bali ke gimnasium untuk membina badan.

“Sepanjang berada di negara ini, saya belum sempat ke gimnasium. Namun sekarang saya perlu serius dengan mencan tikkan lagi bentuk badan,” katanya.

Selain peragaan, anak muda berasal dari Lahore ini juga mahir dalam seni mempertaha­nkan diri dan gimnastik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia