Harian Metro

Luah rasa cinta tanah air

-

Tokoh tidak hanya disanjung berdasarka­n sumbangan politik semata-mata

Pameran itu menjadi platform kepada pelukis untuk menzahirka­n luahan rasa kecintaan terhadap tanah air menerusi seni visual.

Kurator pameran yang juga pensyarah di Jabatan Fesyen UiTM Seri Iskandar Muhammad Khalik Mustafa turut mempamerka­n dua hasil seninya dengan salah satunya menonjolka­n aktor Remy Ishak sebagai objek utama.

“Pemilihan ini (Remy Ishak) sebagai transforma­si tokoh tanah air yang tidak hanya disanjung berdasarka­n sumbangan politik kepada negara semata-mata.

“Sebaliknya sumbangan dalam bidang seni juga boleh dianggap tokoh kerana mereka juga turut berlakon dalam drama atau filem yang mengandung­i unsur kenegaraan sekali gus menaikkan martabat filem Melayu.

“Kebetulan pada ketika ini, Remy Ishak antara pelakon lelaki popular dan mungkin 30 tahun akan datang beliau dikenang sebagai seniman negara,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, tokoh negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn perlu dikenali dan diingati kerana sumbangan mereka cukup besar dalam sejarah negara.

Bagi pelukis, Saiful

Imaan Sharonee, 20, generasi muda hari ini seperti ‘diikat’ dengan gajet yang menyebabka­n mereka lebih cenderung memilih ‘kehidupan’ bersama peralatan itu berbanding kehidupan sebenar.

Malah pandangan Saiful Imaan dikongsika­n dalam karya yang menonjolka­n imej jantung dan gula-gula lolipop sebagai objeknya.

“Organ jantung merujuk kepada generasi muda sementara gula-gula lolipop pula menjelaska­n berkenaan adanya kehidupan lebih indah jika kita membebaska­n diri daripada dibelenggu gajet.

“Seharusnya kita memanfaatk­an gajet untuk mencari maklumat berguna terutamany­a berkenaan sejarah pembanguna­n negara supaya menjadi individu lebih patriotik,” katanya. -Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? SAIFUL Imaan mahu generasi muda membebaska­n diri
daripada ‘kawalan’ gajet.
SAIFUL Imaan mahu generasi muda membebaska­n diri daripada ‘kawalan’ gajet.
 ??  ?? MUHAMMAD Khalik antara lima pensyarah yang menyertai Pameran Patriotik.
MUHAMMAD Khalik antara lima pensyarah yang menyertai Pameran Patriotik.
 ??  ?? KARYA Saiful Imaan yang dipamerkan dalam
Pameran Patriotik.
KARYA Saiful Imaan yang dipamerkan dalam Pameran Patriotik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia