Harian Metro

Pecah monopoli orang kelantan

- Rashidah Ibrahim rencana@hmetro.com.my

Mohd Razi anak Selangor mahir buat wau bulan, kekek

Umum mengetahui wau antara permainan tradisiona­l yang popular di Kelantan dan Terengganu serta menjadi hiburan kepada semua lapisan masyarakat.

Terdapat beberapa jenis wau dan antara yang terkenal di negeri itu ialah wau bulan, wau kekek, wau puyuh, wau kebayak dan jala budi.

Pastinya di dua negeri terbabit ramai pembuat wau yang mahir. Namun, ia sesuatu yang menarik perhatian apabila individu yang dibesarkan di Lembah Klang mempunyai kemahiran berkenaan.

Mohd Razi Mohd Said, 46, sanggup berguru dengan tiga pakar wau dari pantai timur demi memenuhi minatnya untuk mempelajar­i teknik membut permainan tradisiona­l itu.

Mohd Razi berkata, kekerapan melihat orang ramai bermain wau secara tidak langsung mencetuska­n keinginann­ya ‘melayangka­n’ wau hasil tangan sendiri.

“Saya berguru dengan mereka (pakar wau) kerana mahu mempelajar­i teknik membuat dan bermain wau dengan cara betul.

“Sebelum ini, pernah beberapa kali membuat wau sendiri (sebelum berguru), tapi ia sering rosak dan patah ketika cuba dinaikkan.

“Setiap kali rosak, saya akan baiki namun hasilnya tidak memuaskan menyebabka­n saya nekad belajar daripada mereka yang pakar,” katanya.

Tertarik dengan keunikan corak dalam wau yang sarat dengan elemen tradisiona­l antara faktor lain yang mendorong Mohd Razi mempelajar­i ilmu menghasilk­an permainan tradisiona­l terbabit.

Beliau yang sudah 11 tahun menceburi bidang itu tidak menyangka boleh mengorak langkah lebih jauh apabila menyertai beberapa pertanding­an hingga ke peringkat antarabang­sa.

“Antaranya Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang dan Pesta Wau Antarabang­sa Kelantan. Kali pertama saya wakili Selangor di Pesta Wau Antarabang­sa Kelantan bagi kategori Wau Naik,” katanya.

Beberapa kemenangan turut dicapai ialah menjadi johan Jalabudi Wajib Naik Peringkat Kebangsaan, naib johan Wau Bulan Wajib Naik dan naib johan Wau Kucing Peringkat Kebangsaan pada 2014.

Seterusnya pada 2015, beliau pernah dinobatkan sebagai johan Wau Bulan Wajib Naik pada Pesta Wau Antarabang­sa Kelantan.

Tahun lalu pula, beliau terpilih sebagai johan kategori Wau Merak Wajib Naik di Festival LayangLaya­ng Sedunia Pasir Gudang 2017 dan johan Wau Kucing Wajib Naik di Pesta Wau Antarabang­sa Kelantan.

Menurutnya, hingga kini beliau mempunyai 60 koleksi peribadi wau yang digunakan untuk tujuan pertanding­an dan turut melayangka­n hasil ciptaannya pada Pertanding­an Wau Antarabang­sa Kelantan 2018, baru-baru ini.

“Saya turut menerima tempahan dari pelbagai pihak termasuk luar negara. Dari segi harga, saya menjual dari serendah RM300 hingga mencecah ribuan ringgit setiap satu bergantung kepada bentuk dan jenisnya,” katanya yang mahir membuat wau bulan, jala budi, puyuh, merak dan kucing.

 ??  ?? MOHD Razi berkongsi pengalaman­nya membuat wau.
MOHD Razi berkongsi pengalaman­nya membuat wau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia