Harian Metro

Rumah persinggah­an keluarga pesakit

-

bertujuan meringanka­n beban keluarga pesakit kanak-kanak dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang berhampira­n.

Rumah Ronald McDonald yang pertama dibina pada 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Hingga kini ia menjadi rumah persinggah­an untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik.

Sementara itu,

Presiden RMHC Azmir Jaafar berkata, Rumah Ronald McDonald di HUSM itu dijangka siap tahun depan bakal menawarkan 18 bilik. Selain menempatka­n antara empat hingga enam katil di setiap bilik.

“Pada masa sama,

MoU ini antara satu lagi detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dan semua pihak yang terbabit dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisas­ikan.

“Kami komited untuk menyediaka­n kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka,” katanya.

Pembinaan rumah itu dijangka menelan perbelanja­an kirakira RM4 juta dan kos pentadbira­n serta operasi akan ditanggung keduadua pihak.

Di samping itu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail berkata, kerjasama terbabit dapat memperkuku­hkan jenama USM dan Hospital USM sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan pelbagai pihak dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai universiti pilihan. Justeru, orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan untuk pembinaan rumah berkenaan boleh disalurkan menerusi tabung yang terdapat di restoran McDonald’s di seluruh negara.

 ??  ?? KANAK-KANAK menerima sumbangan daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald.
KANAK-KANAK menerima sumbangan daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald.
 ??  ?? UPACARA pecah tanah di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald.
UPACARA pecah tanah di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia