Harian Metro

Dulu mangsa diskrimina­si

-

bakal pelanggan.

“Saya terkejut apabila menerima maklum balas itu kerana yakin personalit­i berhijab tidak akan mengehadka­n penonton yang berpotensi untuk membeli produk berkenaan.

“Sejujurnya, kejadian dan alasan itu terlalu ganjil buat saya.

Ini kerana saya membeli apa saja barangan digayakan model berkulit putih sekiranya berminat. Tiada apa yang berbeza,” jelas wanita kelahiran Britain ini.

Terbaru, Mariah menyertai organisasi Islamic Relief di UK yang menyokong kempen antikegana­san terhadap wanita.

Menyedari tanggungja­wab sebagai wanita Islam berprofil tinggi, Mariah berkongsi cerita apabila seorang wanita berasal dari sebuah kampung kecil di Perancis menghantar mesej kepadanya.

“Mesej itu mengkhabar­kan di kawasan kediamanny­a tidak mengambil gadis atau wanita berhijab untuk bekerja di kedai runcit di sana.

“Apabila ramai menyaksika­n kempen H&M, mereka bangkit dan melakukan bantahan di luar kedai yang mengamalka­n diskrimina­si itu supaya membuka peluang kepada wanita berhijab.

“Tindakan bantahan dan tuntutan itu akhirnya berjaya. Ini antara kisah yang sangat memberi inspirasi kepada saya,” kata model manis berketurun­an Maghribi dan Pakistan ini.

Selain itu, Mariah turut aktif dalam projek Human Care Syria’s: Women’s Hygiene and Sanitation, malah pernah dijemput bagi persidanga­n TEDxTeen London (2016) dan dilantik sebagai duta bagi The BEAM Awards.

 ??  ?? MARIAH bersama keluargany­a.
MARIAH bersama keluargany­a.
 ??  ?? HIJAB turut membuka peluang
kepada Mariah.
HIJAB turut membuka peluang kepada Mariah.
 ??  ?? AKTIF dalam kerja kemanusiaa­n di UK.
AKTIF dalam kerja kemanusiaa­n di UK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia