Harian Metro

Tampil 2 cara berbeza

- DARI MUKA H49 Panduan memakai bulu mata palsu:

Elak guna gam jenis gelap kerana boleh

rosakkan solekan

“Namun untuk mereka yang inginkan impak memikat perlu menggunaka­n jenis tiga dimensi. Cabarannya, ia agar sukar dipakai dan mengambil masa kerana lekatan perlu dilakukan lebih teliti bagi mengelak comot,” katanya.

Menunjukka­n cara betul mengenakan bulu mata palsu, Yann Rifft menampilka­n dua cara berbeza menggunaka­n bulu mata jenis halus dan tiga dimensi.

Sebelum meletakkan gam bulu mata, seharusnya mata disapu dengan pembayang mata ke seluruh kelopak diikuti pemakaian maskara. Kemudian gunakan gam berwarna putih dan sapu pada bahagian atas hujung kelopak mata. Ketika kering warnanya akan berubah menjadi lut sinar dan ini menandakan gam ini terbaik untuk bulu mata yang dipakai.

“Elakkan memilih gam jenis gelap atau kehitaman, kerana ia boleh merosakkan solekan sekiranya anda salah memasangny­a,” katanya.

Kemudian pilih posisi paling tepat iaitu dengan melihat ke bawah melewati bahagian hidung. Kedudukan ini akan memudahkan anda memasang bulu mata palsu dan mencegah gam mengotori kelopak mata. Gunakan angkup atau penyepit bulu mata terlebih dulu bagi menjadikan bulu mata lebih terkesan impaknya.

“Kemudian ambil bulu mata palsu dan hitung panjang kelopak mata, potong jika bulu mata palsu ini terlebih panjang kemudian lekatkan di antara bulu mata asli. Pastikan bulu mata benarbenar melekat sebelum anda memakai maskara,” katanya.

Untuk pemakaian bulu mata jenis tiga dimensi pula, caranya tetap sama tetapi bulu mata harus ditekan sedikit pada bahagian hujungnya. Kemudian sapuan celak dilayangka­n pada bahagian gam yang kelihatan. Akhiri dengan olesan celak untuk mendapatka­n rona sekata sama seperti bulu mata asli.

Berpengala­man dalam solekan semula jadi sehingga dramatik jelas Yann, memakai bulu mata adalah salah satu keperluan terutama untuk mereka yang ingin menghadiri acara tertentu seperti makan malam, perkahwina­n, permaidani merah atau acara bertema.

“Ini kerana mata menjadi simbolik atau titik tumpu dalam solekan jadi gabungan pembayang mata, celak, maskara dan juga bulu mata palsu mampu membuatkan penampilan anda kekal menyerlah dan anggun sentiasa,” ujarnya. 1. Gunakan minyak bayi untuk menanggalk­an bulu mata palsu. Ini kerana kandungan minyak ini dapat mencairkan gam sehingga bulu mata asli tidak ikut tertanggal. Caranya, tuangkan beberapa titis minyak bayi pada kapas, lalu sapukan kapas pada mata, biarkan sekejap. Tarik bulu mata palsu perlahan-lahan.

2. Masukkan kembali bulu mata palsu di dalam kotak kerana ia boleh digunakan semula. Bulu mata palsu boleh digunakan untuk dua hingga tiga kali pemakaian.

3. Untuk penampilan yang lebih dramatik anda boleh menggunaka­n bulu mata palsu pada bahagian bawah mata.

4. Elak menggunaka­n gam bulu mata terlalu banyak. Selain sukar ditanggalk­an bulu mata asli anda akan gugur akibat penggunaan­nya.

5. Elak menggunaka­n bulu mata palsu yang sudah dipakai orang lain. Kawasan mata sangat sensitif, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Untuk menjaga kebersihan mata dan mengelak daripada masalah radang, gunakan bulu mata palsu milik anda sendiri dan jangan dipinjamka­n kepada orang lain.

6. Hindari menggunaka­n bulu mata palsu berkilat kerana serpihan kilatan mudah memasuki mata dan menyebabka­n jangkitan kuman.-Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? 1. OLES maskara pada bulu mata sebelum memakai bulu mata palsu.
2. TEKAN dengan jari pada hujung bulu mata palsu bagi memastikan gam melekat kuat.
3. GAYA semula jadi dengan memakai bulu mata jenis natural. Sesuai untuk acara santai.
4. PEMAKAIAN...
1. OLES maskara pada bulu mata sebelum memakai bulu mata palsu. 2. TEKAN dengan jari pada hujung bulu mata palsu bagi memastikan gam melekat kuat. 3. GAYA semula jadi dengan memakai bulu mata jenis natural. Sesuai untuk acara santai. 4. PEMAKAIAN...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia