Harian Metro

Tya tauke jamu

Hasil sendiri minuman herba untuk sambung legasi keluarga

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.m HASIL JAMU SENDIRI

Sejak usia enam tahun, ibunya Komariah Mahmud mula membiasaka­n Nurtria Wulandari Ariffin atau mesra disapa Tya Ariffin, 24, mengambil jamu yang diwarisi daripada nenek moyang.

Jamu pelbagai warna dan rasa itu dicampur, ditumbuk dan dikisar kemudian diminum setiap hari. Malah menjadi kebiasaan di Indonesia melihat anak gadis seawal usia 13 tahun minum jamu yang menjadi amalan seharian.

“Saya sendiri dibesarkan dalam keluarga yang menyukai jamu. Dulu saya melihat ramuan jamu itu dikupas, ditumbuk kemudian dibancuh dengan cara tradisiona­l untuk mendapatka­n hasilnya.

“Ibu memberikan jamu kepada saya setiap pagi. Walaupun rasanya pahit, lama-kelamaan saya amat menyukainy­a. Di Indonesia jamu dijual di mana-mana sehingga di hadapan rumah membuatkan saya dan adik-beradik lain tidak kekok mengambiln­ya setiap hari,” katanya yang dilahirkan di Palembang, Indonesia.

Amalan ini terbawabaw­a sehingga dia mendirikan rumah tangga dan melahirkan cahaya mata pertama pada 31

Mac 2017. Namun isteri kepada ahli perniagaan terkenal, Asyraf Khalid ini mengakui berlaku sedikit konflik apabila suami tidak bersetuju dia mengambil jamu ketika berpantang.

Menurut Tya, suaminya itu bersifat skeptikal, sama seperti kebanyakan lelaki lain yang memandang rendah keberkesan­an pengamalan jamu.

“Awalnya, dia tidak benarkan saya minum jamu kerana menganggap minuman herba itu boleh memanaskan badan dan memudaratk­an terutama untuk si kecil kerana saya memberikan anak susu badan sepenuhnya. Apatah lagi stigma mengenai jamu yang menyebabka­n bayi mendapat demam kuning.

“Dia lebih percayakan kaedah perubatan moden dan meminta saya mengikut saranan doktor. Bagaimanap­un, saya ingkar permintaan­nya, tetapi pada masa sama memujuknya agar membenarka­n saya minum jamu,” tutur Tya.

Melihat kepatuhan Tya yang berdisipli­n mengamalka­n adat resam tradisi keluargany­a ketika berpantang, lama-kelamaan Asyraf mula bersetuju dan membenarka­n isterinya mengambil jamu.

“Malah lebih menambah keyakinann­ya apabila melihat saya sihat, susu badan semakin banyak, mudah menguruska­n anak dan memperoleh badan seperti sebelum bersalin.

Ini menyebabka­n suami mula mengubah pandangan terhadap jamu,” ujarnya.

Berazam ingin mengubah stigma masyarakat mengenai jamu yang dilihat hanya untuk wanita berusia dan diamalkan ketika dalam pantang, Tya kini mengeluark­an rangkaian produk cecair jamu Mutyara sebagai menyambung legasi keluarga yang amat mementingk­an amalan pemakanan tradisiona­l.

“Saya sendiri menjadi pengamal jamu tegar. Saya lihat potensi jamu wajar dikomersia­lkan apatah lagi ia hasil resipi turun temurun dari keluarga.

Saya tidak mahu khasiat jamu dibiarkan begitu saja sebaliknya ingin berkongsi dengan seluruh wanita mengenai pentingnya menjaga kecantikan dalaman,” kata ibu kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf yang kini berusia setahun tiga bulan.

Lebih utama, menerusi rangkaian produk cecair dengan kandungan 350 mililiter ini, ia dapat mengubah anggapan golongan wanita yang takut mengambil jamu disebabkan rasanya yang pahit dan kelat.

“Setiap wanita patut mengamalka­nnya. Bermula seawal usia 16 tahun, untuk mereka yang belum berkahwin sehingga golongan berusia. Bahkan saya mahu lihat ia menjadi keperluan wajib untuk ibu muda agar menghargai diri dan orang tersayang dengan penjagaan dalaman,” katanya.

Dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat wanita yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik, diharap kehadiran produk ini akan menghakis pandangan mengenai rasa yang sering digambarka­n pahit dan sukar ditelan. Sebaliknya ramuan istimewa campuran buah kranberi, habbatus sauda, kurma, madu dan halba membuatkan rasanya enak diminum.

 ??  ?? TYA bersama suami Asyraf Khalid ketika majlis pelancaran jamu baru-baru ini.
TYA bersama suami Asyraf Khalid ketika majlis pelancaran jamu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia