Harian Metro

Jaga rambut seperti jaga wajah

- Siti Zarinah Sahib yusliza@hmetro.com.my

Memasuki usia 40 tahun ke atas, sedar atau tidak beberapa perubahan fizikal mula menghampir­i. Suka atau tidak tubuh mula memberikan beberapa tanda penuaan. Antaranya daya penglihata­n yang mulai berkurang, kulit semakin kering dan muncul kedutan di sekitar bibir, mata dan dahi.

Bagi wanita sudah semestinya ingatan terhadap menopaus akan membuatkan segelintir individu menjadi tertekan. Ini ditambah dengan penurunan hormon estrogen sehingga membuatkan emosi tidak menentu manakala tubuh sering terasa panas.

Menurut penulis buku Quantum Love, Laura Berman, masalah penuaan sering menjadi momokan menakutkan khususnya wanita. Bahkan topik seperti ini kerap dielakkan untuk dibicaraka­n secara terbuka terutama apabila berhadapan dengan

Jangan biar berkelemum­ur sehingga mahkota hilang seri

masalah rambut seperti keguguran melampau, uban dan juga rambut kering.

“Masalah rambut berkaitan kulit kepala sebenarnya berlaku kepada sesiapa saja. Ia dikaitkan dengan faktor penuaan, pemakanan dan alam sekitar yang menyebabka­n rambut mulai gugur. Apabila sampai peringkat ini wanita perlu mendapatka­n rawatan di salun bagi mencegah berlaku kebotakan,” demikian menurut pemilik Siti Salun Al-Zahrah, Siti Hajar Jamil di Bangi Gateway, Bangi.

Katanya, masalah rambut tidak datang secara tibatiba sebaliknya bermula dengan masalah kelemumur pada usia muda, sekali gus menyebabka­n kulit kepala kering dan rambut gugur perlahan-lahan. Jika dibiarkan tanpa rawatan rambut yang dianggap mahkota wanita akan hilang serinya.

“Ramai wanita sanggup mengeluark­an duit untuk rawatan wajah, tetapi agak berkira apabila membabitka­n penjagaan rambut. Pada hal walau usia meningkat penjagaan rambut tidak boleh diabaikan terutama yang sudah berumah tangga,” ulasnya.

Selain rawatan, pastikan rambut dipotong pendek paras bahu untuk memudahkan penjagaan. Untuk cucian yang betul fokus pada kulit kepala menggunaka­n jumlah syampu mencukupi.

“Basahkan kulit kepala kemudian sapukan syampu di setiap bahagian rambut. Buat urutan menggunaka­n syampu khas untuk masalah rambut berbeza. Kemudian bilas dan sapukan perapi. Cuci rambut dua kali sehari bergantung kepada keperluan atau jenis pekerjaan individu. Sekiranya rambut terdedah kepada debu dan asap sebaiknya dicuci setiap hari pada waktu petang.

“Kemudian keringkan menggunaka­n pengering rambut bervoltan tinggi supaya rambut cukup kering. Amalkan juga memakai lulur rambut sebagai rawatan di rumah. Ini kerana perapi hanya berfungsi untuk mencantikk­an, berbeza dengan lulur kerana ia dapat merawat rambut,” katanya.

Berpengala­man dalam bidang dandanan rambut selama 36 tahun, jelas

Siti Hajar, dia sering berhadapan wanita yang tidak tahu menjaga rambut dan membiarkan rambut berbau dan busuk. Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya mereka konsisten mencuci rambut dan mendapatka­n rawatan khas di salun masalah ini dapat dielakkan.

Kesalahan memilih syampu juga turut menjadi penyebab rambut gugur dan wanita tidak mempunyai ilmu mengenainy­a.

“Bayangkan selama bertahun-tahun menggunaka­n syampu dan perapi mengandung­i bahan kimia sudah pasti ia menjadi penyumbang kepada keguguran rambut. Oleh sebab itu saya menggalakk­an kaum hawa menjaga rambut sama seperti menjaga wajah.

“Jika sanggup menghabisk­an duit membuat rawatan kulit atau membeli kosmetik apalah salahnya mendapatka­n pandangan daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini,” katanya.

Selain itu pilih makanan berkhasiat dan semula jadi terutama sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kerana ia turut mempengaru­hi kesuburan rambut. Elak mengambil makanan segera, berminyak dan berlemak.

“Sekali-sekala gunakan cara tradisiona­l seperti santan bagi menghilang­kan kelemumur, daun bunga raya untuk rambut berminyak dan limau bagi cucian rambut setiap hari. Petua lama ini amat baik diamalkan wanita ,” ujarnya.

 ??  ?? BUAT rawatan khas di salun pada setiap bulan.
BUAT rawatan khas di salun pada setiap bulan.
 ??  ?? SITI HAJAR menunjukka­n cara cucian rambut dengan betul.
SITI HAJAR menunjukka­n cara cucian rambut dengan betul.
 ??  ?? GUNAKAN jumlah syampu mencukupi untuk mencuci rambut.
GUNAKAN jumlah syampu mencukupi untuk mencuci rambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia