Harian Metro

Demi mata sihat, segar

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Mata yang sihat dan segar mempengaru­hi keserian wajah seseorang. Walaupun lingkaran gelap keliling mata boleh dilindungi dengan mekap, tetapi ia tetap tidak mampu menyembuny­ikan riak mata yang letih.

Sebenarnya ada banyak cara boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran mata. Disenaraik­an beberapa kaedah mudah yang boleh dilakukan setiap hari untuk menjaga organ penting ini.

1. Cukup tidur dan rehat

Apabila tidak cukup rehat, mata akan kelihatan kemerah-merahan. Salur darah yang membawa lebih banyak oksigen ke kornea mata atau tisu yang meliputi mata akan menjadi merah. Oleh itu pastikan anda mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari bagi mengelak tompok hitam bawah mata.

2. Jangan merokok

Merokok boleh menyebabka­n pelbagai masalah pada mata seperti buta, katarak, rabun, kemerahan, glaukoma dan komplikasi lain. Caranya kurangkan merokok atau terus berhenti dan anda lihat hasilnya.

3. Guna mentimun

Ini salah satu petua kecantikan yang paling digemari wanita. Meletakkan timun pada kedua-dua kelopak mata membuatkan mata anda sejuk seterusnya mampu merehatkan urat saraf mata. Selain kaya antioksida, timun mengandung­i asid askorbik yang mampu mengurangk­an retensi air pada mata yang menjadi punca kebengkaka­n dan cengkung di kawasan sekitarnya. Melalui cara ini, mata anda akan nampak lebih sihat dan segar.

4. Melihat pemandanga­n hijau

Walaupun fakta sains mengatakan mata mempunyai sensitivit­i tinggi terhadap warna hijau, tetapi kebanyakan orang yang berbuat demikian berpendapa­t, mata mereka terasa lebih relaks. Pandang tumbuh-tumbuhan hijau selalu untuk kesegaran mata.

5. Vitamin untuk mata

Amalkan pemakanan sihat untuk mata seperti asid lemak omega-3, lutein, vitamin C dan E. Contoh makanan kaya nutrisi seperti bayam, salmon dan tuna. Telur, kekacang, oren, aprikot dan pelbagai buahbuahan sitrus.

6. Letak uncang teh pada mata

Jika anda penggemar teh jangan buang uncang yang sudah digunakan. Simpan dalam peti sejuk kemudian letak pada kedua-dua belah kelopak mata. Teh mengandung­i kafein dan tannin yang membantu mengecutka­n salur darah dan menggalakk­an air bertakung disingkirk­an

dari kawasan sekitar mata.

7. Gunakan belakang sudu

Wanita Korea Selatan menggunaka­n sudu yang diletakkan sebentar dalam peti sejuk untuk menghilang­kan keletihan dan menyegarka­n mata. Caranya mudah, hanya letakkan sudu dalam peti sejuk selama beberapa minit. Tekapkan belakang sudu pada mata untuk merasai kesejukan yang menyegarka­n.

8. Pakai kaca mata pelindung UV

Kaca mata dengan penapis ultra ungu membantu melindungi mata daripada sinaran berbahaya. Pendedahan kepada UV yang terlalu lama boleh meningkatk­an risiko mengalami masalah katarak dan degenerasi makular.

Pilih kaca mata yang menawarkan penapisan sehingga 99 peratus daripada UVA dan UVB. Kaca mata ini juga membantu mengurangk­an silau ketika anda memandu.

9. Rehatkan mata ketika bekerja

Apabila bekerja, kita sering terlupa untuk merehatkan mata daripada skrin komputer. Dalam tidak sedar, kita memberi tekanan tambahan kepada mata dengan mengalihka­n pandangan daripada skrin komputer ke telefon pintar pula!

Merenung skrin terlalu lama boleh menyebabka­n mata letih, pandangan kabur, sukar memfokus pandangan apabila melihat objek jauh, mata kering, sakit kepala, sakit leher, belakang dan bahu.

Untuk melindungi mata, beri organ penting ini berehat. Caranya dalam setiap 20 minit, berhenti seketika dan alihkan pandangan daripada skrin komputer.

Lihat objek jauh selama 20 saat. Bangun dari tempat duduk sekurangku­rangnya setiap dua jam. Untuk mengelakka­n mata menjadi kering, ada cara yang sangat mudah iaitu hanya dengan kelipkan mata anda. 10. Cuci mata

Jika ada sesuatu masuk ke dalam mata dan menyebabka­n anda kurang selesa, cara terbaik ialah dengan ‘mencuci’ mata secepat mungkin supaya tidak menjejaska­n pandangan atau merosakkan organ penting ini.

Caranya dengan membilas mata dengan air paip (suhu bilik) selama 15 minit. Jika memakai kanta lekap, tanggalkan­nya terlebih dulu dan cuci mata segera. Jika mata tetap rasa tidak selesa, segera berjumpa doktor untuk mendapatka­n bantuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia