Harian Metro

Pewarna rambut telus air

-

Menyedari kehendak pengguna yang inginkan produk penjagaan rambut menggunaka­n bahan organik, Garnier Color Naturals memperkena­lkan rangkaian pewarna rambut telus air yang turut berfungsi merawat rambut agar terjaga dengan warna berkilau.

Menurut Pengurus Pemasaran Garnier

Samatha Teh, berdasarka­n hasil penyelidik­an pengguna didapati ramai menggunaka­n kata kunci ‘pewarna rambut telus air’ ketika membuat carian di Internet.

“Oleh itu, rangkaian pewarna rambut kami kini diperluask­an dengan bahan semula jadi bukan saja untuk rambut yang dirawat, malah ia telus air,” katanya pada pelancaran Garnier Color Naturals di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.

Samantha menerangka­n Garnier berusaha memudahkan wanita untuk kekal cantik menggunaka­n produk tanpa was-was. Ini kerana jenama ini sinonim dengan bahan berasaskan alam semula jadi.

Selain teknologi telus air, rangkaian pewarna rambut ini juga bebas ammonia, memberikan tekstur rambut lebih baik, merawat rambut, memberikan warna menarik dan harum.

Ia juga kaya bahan berasaskan alam semula jadi seperti minyak zaitun, avokado dan badam yang memberikan warna dan ketahanan rambut selama lapan minggu. Ia dibuktikan secara klinikal untuk memberikan rambut berkilau lima kali ganda, menutup uban dan senang digunakan. Rangkaian ini kini boleh didapati dalam kit RM19.90 (berbilang guna) dan uncang RM8.90 (sekali guna) di seluruh negara.

 ??  ?? PENDANDAN menunjukka­n penggunaan pewarna rambut telus kepada media.
PENDANDAN menunjukka­n penggunaan pewarna rambut telus kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia