Harian Metro

Dron pintas operasi

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

„ Penyeludup guna teknologi canggih ganti tugas tonto, sapu air

Kartel rokok seludup kini dikesan semakin canggih, malah menggunaka­n teknologi kamera berkuasa tinggi yang dipasang pada dron untuk mengawasi pergerakan pihak berkuasa keluar ke laut menjalanka­n operasi atau rondaan biasa.

Mereka ini terlatih dan mahir dalam mengendali­kan dron berteknolo­gi tinggi berkenaan berbanding menggunaka­n tonto atau geng ‘sapu air’ yang dianggap boleh dihidu kehadirann­ya oleh penguat kuasa.

Untuk rekod, sindiket ini biasanya terbabit dalam penyeludup­an rokok menggunaka­n bot pancung di laut bagi memantau pergerakan pasukan keselamata­n seperti Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Menurut sumber, penggunaan teknologi seperti dron mula digunakan sindiket sejak Januari lalu.

“Sindiket mula guna teknologi ini di beberapa kawasan berdekatan pangkalan pasukan keselamata­n seperti PPM dan APMM. Mereka menaikkan dron dan memantau pergerakan keluar masuk pasukan keselamata­n.

“Mereka (sindiket) sering menggunaka­nnya (dron) di kawasan hutan berhampira­n pangkalan pasukan keselamata­n,” katanya.

Perkara itu turut diakui Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Dua Melaka, Asisten Superinten­dan Steel Entai yang berkata, risikan pihaknya juga mendapati wujud penggunaan dron oleh sindiket.

“Pasukan risikan kami mengesan penggunaan­nya di kawasan Teluk Kemang, Klebang dan sekitar Port Dickson,” katanya di Markas Taktikal PPM Wilayah Dua, di sini.

Menurutnya, pihaknya mengakui penggunaan dron itu juga kini menjadi ancaman terbaru pihaknya selain tonto dan sapu air.

“Kami tidak pernah berkomprom­i dengan sebarang anasir yang mengganggu gugat keselamata­n negara. Kami sedia perkukuhka­n risikan dalam membantera­s penyeludup­an,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka Kepten Maritim Amran Daud berkata, beliau sentiasa cuba mengatasi pasukan keselamata­n. Saya juga meminta pasukan risikan mengumpulk­an maklumat mengenainy­a.

“Jika terbukti, kami sedia mendapatka­n nasihat pakar undang-undang terlebih dulu sebelum melakukan tindakan seterusnya,” katanya.

 ??  ?? SINDIKET menaikkan dron dan memantau pergerakan keluar masuk pasukan keselamata­n.
SINDIKET menaikkan dron dan memantau pergerakan keluar masuk pasukan keselamata­n.
 ??  ?? ANGGOTA PPM memeriksa bot nelayan yang ditahan.
ANGGOTA PPM memeriksa bot nelayan yang ditahan.
 ??  ?? ANGGOTA Maritim dalam Operasi Khas di Kuala Linggi.
ANGGOTA Maritim dalam Operasi Khas di Kuala Linggi.
 ??  ?? PASUKAN penguat kuasa memeriksa dokumen nelayan. LAPORAN
Harian Metro 26 Julai lalu.
PASUKAN penguat kuasa memeriksa dokumen nelayan. LAPORAN Harian Metro 26 Julai lalu.
 ??  ?? BOT nelayan yang ditahan di Kuala Linggi.
BOT nelayan yang ditahan di Kuala Linggi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia