Harian Metro

Denda RM15,000 ‘biak’ nyamuk aedes

-

Kuala Lumpur: Syarikat pembinaan Kenwingsto­n Sdn Bhd yang didapati bersalah melakukan kesalahan kali kedua membiak nyamuk aedes didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Wong Chai Sia membuat keputusan itu selepas syarikat yang diwakili pengarah keselamata­nnya, Muhammad Haidhar Mohd Hazlan, 31, mengaku bersalah atas perbuatan itu.

Jika gagal membayar denda itu, mahkamah akan mengeluark­an waran levi kepada syarikat itu.

Mengikut pertuduhan, syarikat pembinaan itu didakwa melakukan perbuatan membiak serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk aedes Aegypti di lopak air di kawasan lingkungan premis tapak pembinaan itu.

Syarikat Kenwingsto­n didakwa melakukan kesalahan itu di tapak bina Lot 67619 Jalan Metro Perdana Barat Taman Metropolit­an Kepong di sini pada 11.15 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan dihukum mengikut Seksyen 23(b) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Kepong, Nurhuda Mohamad Ramli memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman maksimum disebabkan kesalahan kali kedua selepas kali pertama disabitkan kesalahan sama pada November tahun lalu dan didenda RM8,500.

“Hukuman yang dikenakan dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada pengusaha tapak pembinaan yang lain. bagi menjaga kepentinga­n kesihatan orang awam,” katanya.

Muhammad Haidhar yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman yang ringan atas alasan ketika itu musim hujan.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Kesihatan Kepong membuat pemeriksaa­n pembiakan serangga pembawa penyakit di tapak pembinaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia