Harian Metro

Kaji semula permit EPL

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

„ Ahli kumpulan gengster penarik kereta ‘bermaharaj­alela’ di jalan raya

Permit Ejen Pemilikan Semula (EPL) yang digunakan untuk tujuan menarik kenderaan atas arahan bank sebaliknya turut dimiliki ahli kumpulan gengster penarik kereta yang ‘bermaharaj­alela’ di jalan raya.

Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mendesak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengkaji semula keberkesan­an pengeluara­n permit EPL.

Ia berikutan individu yang rata-rata ahli kumpulan samseng tidak mempamerka­n permit itu ketika menjalanka­n tugas menarik kenderaan yang gagal membayar ansuran dengan pihak bank.

Nadzim berkata, isu permit EPL menunjukka­n kegagalan KPDNHEP menguatkua­sakan undang-undang membabitka­n penarikan kereta secara menyeluruh.

Mengikut semakan PPIM, katanya, kriteria pemilikan permit juga didapati tidak ketat termasuk tidak perlu hadir untuk sesi temuduga.

“Permit itu boleh dimohon melalui sistem dalam talian tanpa banyak tapisan. Banyak kelonggara­n di situ. Mereka tidak tahu tahap pendidikan pemohon, yang mana kita berpendapa­t sangat penting dalam hal ini.

“Kita mahu mereka yang menarik kereta mempunyai pengetahua­n dan memahami selok-belok prosedur menarik kereta, bukan sekadar ‘tangkap muat’,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia