Harian Metro

4 ‘polis’ kantoi di hotel

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Dua beradik kaki samun ditahan dalam serbuan jam 1.30 tengah hari

Berlagak sebagai pegawai polis sebelum menyamun mangsa. Itu taktik licik empat lelaki termasuk dua beradik yang aktif melakukan samun di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan suspek berusia 23 hingga 31 tahun itu akhirnya dipatahkan anggota polis selepas ditahan dalam serbuan jam 1.30 tengah hari di sebuah hotel di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 26 tahun yang memaklumka­n disamun sekumpulan lelaki memperkena­lkan diri sebagai pegawai dan anggota polis pada 22 Julai lalu.

“Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai penyelia berdiri di depan premis di Taman Subang Perdana sebelum dihampiri empat lelaki terbabit yang menaiki dua motosikal.

“Mereka memperkena­lkan diri sebagai anggota dan pegawai polis dengan seorang daripadany­a memakai topi mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Suspek kemudian melakukan pemeriksaa­n badan terhadap mangsa sebelum merampas dompet mengandung­i wang tunai RM1,200 serta dokumen pengenalan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini, semalam.

Somu berkata, hasil maklumat diterima pihaknya menahan keempat-empat lelaki terbabit dalam serbuan di sebuah hotel di Damansara Damai, Ogos lalu.

“Dalam serbuan itu, polis merampas empat telefon bimbit, satu komputer riba, pakaian seragam dan peralatan dipercayai milik PDRM yang digunakan suspek untuk menyamar sebagai anggota serta pegawai polis.

1

“Kami yakin dengan penahanan empat suspek ini dapat menyelesai­kan 10 kes samun di sekitar daerah ini dan Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati semua suspek positif pelbagai jenis dadah.

“Mereka ditahan reman selama lapan hari bermula 1 Ogos lalu hingga 8 Ogos ini (hari ini) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpula­n,” katanya.

 ??  ?? SOMU (dua kanan) menunjukka­n barang rampasan menyamar sebagai pegawai polis di IPD Sungai Buloh.
SOMU (dua kanan) menunjukka­n barang rampasan menyamar sebagai pegawai polis di IPD Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia