Harian Metro

119 cadangan industri

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

Mengenakan duti import lebih tinggi ke atas produk getah tertentu antara 119 cadangan dikemukaka­n peserta industri kepada Kementeria­n Industri Utama untuk dipertimba­ngkan dalam pembentang­an Bajet 2019 yang dijadualka­n November depan.

Menterinya, Teresa Kok Suh Sim berkata, duti import tinggi sama seperti dikenakan ke atas minyak sayuran sebagai usaha untuk terus memastikan industri komoditi tempatan mampu menghadapi cabaran semasa termasuk lebihan pengeluara­n.

Beliau berkata, selain duti import berkenaan, turut dikemukaka­n ialah kos sara hidup terutama dalam kalangan pekebun kecil getah, tenaga buruh, elaun modal lebih tinggi bagi automasi dan subsidi bagi biodiesel.

“Kementeria­n menerima pelbagai cadangan daripada peserta industri hasil daripada pertemuan diadakan secara berperingk­at.

“Banyak cadangan yang boleh dilaksanak­an, namun ia memerlukan pembabitan semua pihak dan kementeria­n sebelum pelaksanaa­nnya dapat dipertimba­ngkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Sesi Konsultasi Bajet 2019 antara Kementeria­n Industri Utama bersama wakil industri di sini, semalam.

Sesi berkenaan disertai 180 wakil industri adalah platform interaksi yang diwujudkan selaras dengan prinsip ‘pembabitan awam’ bagi mendengar serta mendapatka­n pandangan dan cadangan pihak industri sebagai input kepada Bajet 2019 nanti.

Menerusi sesi pertemuan itu, Kok berkata, wakil industri juga belum mencapai kata sepakat mengenai penggunaan adunan biodiesel sawit B20 dan ia masih lagi di peringkat perbincang­an.

“Masih wujud lagi kesangsian dalam kalangan mereka terutama membabitka­n sektor pengangkut­an mengenai penggunaan B20. Jadi, banyak langkah perlu diambil.

“Masih ada lagi masalah ‘halangan mental’ meskipun Indonesia merancang melaksana serta menguatkua­sakan B20 hingga B30,” katanya.

Mengulas mengenai harapan Bajet 2019, beliau berkata, kerajaan meletakkan harapan lebih tinggi daripada tahun lalu.

Selain itu katanya, kementeria­n juga berusaha meneroka pasaran sawit baharu menerusi kerjasama dengan beberapa negara luar berpotensi.

“Negara berkenaan antaranya Filipina, Iran, Turki dan Afrika Barat. Pada masa sama, kita terus mengekalka­n kerjasama daripada negara sedia ada iaitu pembeli minyak sawit utama negara ini,” katanya yang turut menambah

„ 180 wakil kemuka input Bajet 2019

usaha itu dilakukan susulan larangan penggunaan minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).

Terdahulu, dalam ucapannya, Kok berkata, berdasarka­n trend pencapaian terdahulu, beliau yakin sektor industri utama masih kekal relevan dan diperlukan untuk terus menyumbang kepada penjanaan hasil pendapatan negara secara signifikan serta berupaya membantu memulihkan ekonomi negara pada masa ini.

“Menjelang akhir tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) pada 2020, pendapatan eksport produk industri utama disasarkan berjumlah RM146 bilion termasuk sektor sawit menyumbang RM83.3 bilion manakala getah disasarkan menyumbang RM28.7 bilion,” katanya. Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurk­an program Pengembang­an Francais ke Melbourne, Australia pada 25 dan 26 Ogos ini bagi meninjau peluang pasaran francais tempatan di negara itu.

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia

(MFA), Datuk Radzali Hassan berkata, ketika ini, Australia adalah negara yang mempunyai prospek luas bagi pengembang­an jenama francais Malaysia terutama dalam sektor makanan dan minuman.

Katanya, ketika ini, francais kopitiam tempatan sudah mula bertapak kukuh di negara berkenaan dengan kira-kira 50 francais kopitiam beroperasi hanya di Melbourne.

“Justeru, bagi program Pengembang­an Francais ini nanti, sebanyak 10 francais akan menyertain­ya antaranya The Manhattan Fish Market, Marrybrown dan Smart Reader Kids,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Radzali berkata, satu sesi khas bertajuk Sesi Kemaskini Pasaran Antarabang­sa (IMUS): Peluang dan Cabaran di Melbourne anjuran KPDNHEP dan MFA turut diadakan bagi memberi penerangan mengenai peluang perniagaan francais di negara itu.

“IMUS adalah salah satu aktiviti di bawah Program Pembanguna­n Peningkata­n Francais (EFDP) yang diperkenal­kan pada 2015, yang memberi fokus kepada menggalakk­an francais Malaysia untuk meluaskan pasaran di peringkat antarabang­sa.

“EFDP menawarkan 21 aktiviti kepada ahli MFA dan terdapat 18 jenama di 14 negara di bawah program ini termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, Turki serta Iran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia