Harian Metro

Serlah potensi digital

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

„ MPB syarikat media pertama guna khidmat Players for Publishers bolehkan video bermutu dilayari di platform YouTube

media digital paling besar di Malaysia.

Katanya, ketika ini ada permintaan tinggi untuk kandungan digital daripada penonton dan pengiklan.

“Dengan kandungan tempatan kami yang popular dan juga penggunaan

yang popular dalam kalangan penonton Malaysia, kami melihat ia sebagai penyelesai­an mapan untuk menyerlahk­an potensi penuh kandungan kami bagi menjana pendapatan lebih tinggi.

“Kerjasama ini membolehka­n kumpulan mengurangk­an kos dengan memasukkan pemain video di dalam platform milik MPB di samping memberi peluang kepada penonton menikmati tontonan video yang lebih baik melalui pelbagai peranti.

“Langkah ini membolehka­n MPB menjana pendapatan mapan melalui pengiklana­n programati­k daripada segmen pendapatan digital yang pesat berkembang,” katanya pada sidang media mengumumka­n kerjasama itu di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran Baru Muncul Sajith Sivanandan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) Johan Ishak. Ditanya sama ada kerjasama itu akan menjejaska­n perkhidmat­an penyiar kandungan (OTT) dan tonton, Kamal menjelaska­n kedua-duanya menawarkan perkhidmat­an kepada penonton berbeza.

Mengulas lanjut Kamal berkata, pihaknya menyasarka­n pertumbuha­n sektor digital kumpulan untuk berkembang sebanyak dua angka tahun ini.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan MPB, Sajith berkata, lebih banyak kandungan tempatan di maka lebih banyak inventori untuk pengiklan mencapai pelanggan mereka.

“Kami berterima kasih kepada Media Prima kerana membantu merancakka­n landskap YouTube Malaysia kerana kami di dan

adalah peminat utama untuk kandungan tempatan dan mengiktira­f kita semua adalah sebahagian daripada ekosistem yang sama,” katanya.

dilancarka­n buat kali pertama di Eropah pada 2015 dan kini digunakan lebih 100 penerbit di 25 negara.

Di Malaysia, MPB adalah syarikat media pertama menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan.

 ??  ?? KAMAL (tengah) bersama (dari kiri) Abdul Jalil, Sajith, Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali di Kuala Lumpur, semalam.
KAMAL (tengah) bersama (dari kiri) Abdul Jalil, Sajith, Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia