Harian Metro

Malindo Air tawar promosi ke Danau Toba serendah RM189

-

Malindo Air akan memulakan penerbanga­n terus dari Lapangan Terbang Subang Skypark ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit di Danau Toba pada

17 Ogos ini dengan harga promosi sehala RM189.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata, penerbanga­n yang mengambil masa satu jam 30 minit itu akan menggunaka­n pesawat OD360 dari Subang ke Siborong-borong yang dijadualka­n berlepas pada 1.45 tengah hari dan dijangka tiba pada 2.15 petang waktu tempatan.

Bagi perjalanan dari Siborong-borong ke Subang pula, katanya, akan berlepas dengan pesawat OD361 yang berlepas pada 2.50 petang waktu tempatan dan akan tiba pada 5.15 petang.

“Kami begitu teruja memperkena­lkan bandar ketiga yang terbang dari Subang ke Indonesia selepas Batam dan Pekan Baru yang menandakan usaha berterusan mengembang­kan rangkaian ke Sumatera Utara,” katanya di sini, semalam.

Media Prima Bhd (MPB), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia bekerjasam­a dengan YouTube melalui perkhidmat­an

dalam usaha mengukuhka­n kedudukann­ya dalam industri media digital di Malaysia.

Menerusi kerjasama itu, kandungan video bermutu tinggi yang dihasilkan MPB termasuk daripada rangkaian televisyen, radio, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan Media Prima Digital kini boleh didapati di

Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Kamal Khalid berkata, kumpulan kini memperluas­kan kewujudan digital dan kerjasama itu akan mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai syarikat

 ??  ?? SIBORONG-borong adalah destinasi ketiga Malindo Air di Sumatera.
SIBORONG-borong adalah destinasi ketiga Malindo Air di Sumatera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia