Harian Metro

KEJAM TAK TERKATA

- Daily Mail

Seorang lelaki membunuh dan mengerat mayat teman wanitanya sebelum mencincang daging mangsa yang dibuang dalam lubang tandas, manakala tulangnya dicampakka­n dalam sungai sema- ta-mata ti- dak mahu kekasihnya tahu dia sebenarnya sudah berkeluarg­a.

Dmitry Zelensky, 36, menjanjika­n teman wanitanya Tatiana Melekhina, 27, kehidupan baru di bandar besar dan membawanya dari pekan kecil mereka, Gubakha, ke Perm.

Tatiana bagaimanap­un tidak mengetahui Zelensky sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan serta tiada niat langsung untuk berpindah ke bandar berkenaan.

Sumber polis berkata, kekejaman jenayah itu terlalu mengejutka­n, malah mengerikan detektif veteran sekalipun.

“Dia bukan saja mengerat mayat mangsa, malah mengasingk­an daging dengan tulang. Daging itu pula dicincang sebelum dibuang dalam sistem kumbahan dan tulang dicampakka­n ke dalam sungai,” katanya.

Zelensky mengaku perbuatann­ya selepas ditahan. Bagaimanap­un, polis sehingga kini belum dapat memastikan lokasi Tatiana sebenarnya dibunuh.

Isteri Zelensky yang juga bernama Tatiana, 44, dipetik agensi berita tempatan berkata: “Saya tidak tahu nak kata apa. Saya tidak sangka dia mampu sekejam ini.”

Tatiana yang terkejut dengan berita itu berkata, dia dan suaminya kini hidup berasingan tetapi tidak bercerai secara rasmi.

„ Lelaki bunuh, cincang mayat kekasih gelap selepas janjikan kehidupan baru

 ??  ?? ISTERI Zelensky (kiri) terkejut dengan kejadian itu. - Daily Mail
ISTERI Zelensky (kiri) terkejut dengan kejadian itu. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia