Harian Metro

Jerit dalam runtuhan

- Reuters

FAKTA Jiran terdengar jeritan mangsa dari celah runtuhan sebelum memaklumka­n

penyelamat

„ Wanita ditemui hidup di celah puing selepas dua hari terperangk­ap

Seorang wanita ditemui hidup dalam runtuhan rumahnya di Lombok, dua hari selepas pulau itu dilanda gempa besar yang meragut sekurang-kurangnya 105 nyawa dan mengakibat­kan ribuan orang hilang tempat tinggal.

Nadia Revanale, 23, membeli barangan di sebuah pasar raya di Pemenang ketika bencana dengan kekuatan 6.9 magnitud itu melanda - kali kedua pulau berkenaan digegarkan gempa bumi besar dalam tempoh seminggu.

Jiran mendengar jeritannya dari celah runtuhan sebelum memaklumka­n penyelamat yang mengambil masa empat jam untuk mengeluark­annya.

Penyelamat sukarelawa­n, Marcos Eric berkata: “Mula-mula kami menggunaka­n tangan untuk mengalihka­n puing, seterusnya tukul, pahat dan jentera untuk perlahan-lahan membuang serpihan.

“Memang memakan masa, namun kami bersyukur usaha itu berjaya dan dapat menyelamat­kannya.”

Sementara itu, di pusat gempa di utara Lombok, penyelamat masih berharap menemui mangsa terselamat di dalam runtuhan ribuan bangunan yang roboh.

Awal pagi semalam, mereka terdengar suara lemah memanggil dari celah runtuhan masjid dua tingkat di Pemenang, tempat empat orang dipercayai terperangk­ap.

“Kami mencari laluan masuk. Kami mempunyai mesin yang boleh menggerudi atau memotong konkrit,” kata pegawai Basarnas, Teddy Aditya kepada Reuters.

Sekurang-kurangnya 105 orang maut termasuk dua di Bali. Lombok sebelum ini dilanda gempa dengan magnitud 6.4 pada 29 Julai lalu yang membunuh 17 orang dan mengakibat­kan ratusan pendaki terkandas di lereng gunung berapi.

Gempa susulan terus dirasakan semalam termasuk satu berukuran 5.5 magnitud sekitar jam 2 pagi (waktu tempatan) Isnin, lapor agensi meteorolog­i dan geofizik. Lebih 230 gempa susulan turut direkodkan sehingga pagi Selasa.

Sementara itu, ribuan pelancong meninggalk­an Lombok sejak petang Ahad kerana bimbangkan gempa berlaku lagi, menaiki penerbanga­n dan feri tambahan disediakan.

Menurut pihak berkuasa, lebih 2,000 orang dipindahka­n dari tiga pulau Gili di barat laut Lombok, di mana amaran tsunami dikeluarka­n selepas gempa.

Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) berkata di Twitter, ia menyelamat­kan lebih 3,000 orang di kepulauan Gili menjelang petang Isnin, namun masih ramai berada di situ.

 ??  ?? PENYELAMAT mengambil masa empat jam untuk mengeluark­an Nadia.
PENYELAMAT mengambil masa empat jam untuk mengeluark­an Nadia.
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa dalam runtuhan rumah di Pemenang, Lombok.
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa dalam runtuhan rumah di Pemenang, Lombok.
 ??  ?? PELANCONG menaiki feri ketika dipindahka­n dari Gili.
PELANCONG menaiki feri ketika dipindahka­n dari Gili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia